Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBA giat buat persiapan Kejohanan Kumpulan Umur Terbuka Bintulu 2026
  • Utara
  • WILAYAH

BBA giat buat persiapan Kejohanan Kumpulan Umur Terbuka Bintulu 2026

Utusan Sarawak 5 hours ago
POSTER Kejohanan Kumpulan Umur Terbuka Bintulu 2026 yang akan berlangsung pada 1 hingga 2 Mei ini di C&L (Kemena) Sport Centre.

BINTULU: Persatuan Badminton Bintulu (BBA) kini giat membuat persiapan menjelang penganjuran Kejohanan Kumpulan Umur BBA Terbuka Bintulu 2026 yang dijadual berlangsung pada 1 hingga 2 Mei ini di C&L (Kemena) Sport Centre.

Mesyuarat persiapan yang dipengerusikan oleh Presiden BBA, Denness Lim, bersama Naib Presiden Choo Ling King serta ahli jawatankuasa penganjur telah diadakan bagi memastikan kelancaran kejohanan tersebut.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk jadual perlawanan, kategori umur, pelantikan pengadil dan pasukan teknikal, selain aspek promosi serta penyelarasan logistik.

 DENNESS Lim bersama Gurvir Singh Sandhu (Penasihat Undang-Undang Seumur Hidup BBA) telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau lokasi kejohanan.

Kejohanan ini dijangka menarik penyertaan pemain muda dari pelbagai kawasan dengan mempertandingkan kategori bawah 10, 12, 14, 16 dan 18 tahun melibatkan acara perseorangan dan beregu lelaki serta wanita.

Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM60 bagi perseorangan dan RM120 bagi beregu, manakala semua peserta akan menerima baju rasmi kejohanan.

Menurut Denness, kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform meningkatkan tahap permainan badminton tempatan, malah membuka peluang untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain muda.

“Penganjuran kejohanan ini penting dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain berpotensi di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penaja dan semua pihak yang terlibat serta menggalakkan penyertaan lebih ramai komuniti bagi memeriahkan sukan badminton di bandar ini.

Kejohanan ini akan dijalankan mengikut garis panduan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi memastikan pertandingan berlangsung secara adil, telus dan selamat.

AHLI Jawatankuasa Penganjur, Naib Pengerusi, Choo (dua dari kiri), dan Pengerusi Penganjur Denness Lim (dua dari kanan).

Sehubungan itu, orang ramai khususnya ibu bapa dan pemain muda digesa untuk merebut peluang menyertai kejohanan ini sebagai platform menimba pengalaman pertandingan sebenar selain mengasah bakat dan keyakinan diri.

Penyertaan aktif komuniti diyakini mampu menyemarakkan lagi pembangunan sukan badminton di peringkat akar umbi di Bintulu.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut atau membuat pendaftaran dengan menghubungi Presiden Denness Lim di talian 012-8431143 atau jurulatih Ling Jing Mee di 010-8001020.

 Oleh Faizah Muzidi

Continue Reading

Previous: Bomba Bintangor tangkap ular sawa dalam sangkar tikus belanda di Taman Tai Ming
Next: Masyarakat digesa tapis maklumat penting bagi kekalkan keharmonian komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.