Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bazar Tahun Baharu Cina Taman Kenyalang kekal platform utama ekonomi komuniti
  • TEMPATAN

Bazar Tahun Baharu Cina Taman Kenyalang kekal platform utama ekonomi komuniti

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (tengah), menyempurnakan majlis pelancaran Bazar Tahun Baharu Cina Taman Kenyalang, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Bazar Tahun Baharu Cina di Taman Kenyalang terus menjadi platform utama ekonomi komuniti dan perpaduan masyarakat berbilang kaum apabila penganjurannya memasuki tahun ke-30.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, bazar ini bukan sekadar lokasi jual beli, sebaliknya menjadi ruang sosial yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dan menyokong peniaga kecil.

“Ini adalah bazar tertua di Kuching dan tahun ini menandakan ulang tahun ke-30. Daripada lebih 350 permohonan, 297 peniaga berjaya dipilih untuk menyertai bazaar ini. Kebanyakan produk adalah buatan sendiri oleh keluarga atau kumpulan kecil,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran bazar yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, di sini, hari ini. 

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (kiri) bersama Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng (tengah), melawat gerai selepas majlis pelancaran Bazar Tahun Baharu Cina Taman Kenyalang, hari ini. Foto Adele Rissa 

Beliau menambah, sambutan pengunjung dari seluruh Kuching turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di kawasan Taman Kenyalang sepanjang penganjuran bazar. 

“Harga barangan yang ditawarkan adalah berpatutan dengan kebanyakan produk dijual antara RM25 hingga RM30, selaras dengan dasar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang mengekalkan kadar sewaan rendah bagi membantu peniaga kecil,” ujarnya. 

Beliau menjelaskan bahawa kepelbagaian peniaga daripada pelbagai kaum menjadikan bazar itu sebagai cerminan Sarawak dengan pelbagai produk kampung, kuih tradisional dan makanan kreatif. 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan penganjuran bazar Ramadan semasa tempoh sambutan Tahun Baharu Cina kelak merupakan sebagai kesinambungan usaha menyatukan masyarakat melalui aktiviti ekonomi komuniti.

DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Bazar Tahun Baharu Cina Taman Kenyalang, hari ini. Foto Adele Rissa 

Dato Wee turut memaklumkan bahawa MBKS melaksanakan kempen ‘Cintai Pasar Kita’ bagi memastikan kelestarian pasar awam dan menarik minat generasi muda untuk terus menyokong pasar tradisional. 

Beliau menambah, pasar awam kini turut berfungsi sebagai ruang pertemuan masyarakat dengan operasi yang semakin meluas termasuk pada waktu malam, sekali gus menawarkan pilihan makanan dan barangan segar dengan harga berpatutan.

Dato Wee berharap penganjuran bazar dan usaha memperkasa pasar awam dapat diteruskan bagi memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuh identiti masyarakat Sarawak.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tiga pasar awam MBKS diserikan cahaya perayaan Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.