Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bazar Ramadan Satok jadi tumpuan menjelang berbuka puasa
  • TEMPATAN

Bazar Ramadan Satok jadi tumpuan menjelang berbuka puasa

Utusan Sarawak 6 hours ago
RASMI… Datuk Ibrahim Baki (dua depan, kanan) dan Dato Hilmy Othman melakukan simbolik perasmian Bazar Ramadan Satok, Kuching, hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Menjelang waktu berbuka puasa, sekitar Satok kembali dipenuhi orang ramai apabila pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurkan Bazar Ramadan Satok 2026, yang terus menjadi antara lokasi pilihan warga Kuching untuk mencari juadah berbuka puasa.

Perasmian bazar tersebut disempurnakan oleh tetamu kehormat, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki bersama Datuk Bandar Kuching Utara Dato Hilmy Othman.

Bazar Ramadan Satok 2026 beroperasi mulai hari ini sehingga 20 Mac depan.

Pada edisi Ramadan tahun ini, sebanyak 108 tapak jualan disediakan melibatkan 82 tapak makanan, 22 tapak minuman serta empat tapak makanan panggang.

Bazar ini beroperasi setiap hari dari 2.00 petang hingga 7.00 malam dengan pelbagai pilihan menu tradisi dan moden ditawarkan kepada pengunjung.

MOHAMAD Sharman Zulizar.

Bagi peniaga bazar, Mohamad Sharman Zulizar, yang telah berniaga selama tiga tahun setiap Ramadan, yang menjual sushi, walaupun makanan ini berasal dari Jepun, ia tetap menjadi pilihan ramai pengunjung semasa Ramadan. Setiap tahun, saya nampak ramai yang datang khusus untuk sushi,” katanya.

SYARIFAH Mordiah.

Bagi pengunjung pula, Syarifah Mordiah berkongsi pengalaman beliau pada hari pertama berbuka.

“Saya datang dengan keluarga untuk membeli juadah. Memang harga ada naik sedikit daripada tahun lepas, tapi masih berbaloi. Kalau nak beli tiap hari mungkin berat juga bagi bajet kami,” katanya sambil tersenyum.

Majlis perasmian turut diserikan dengan penyampaian sumbangan Ramadan kepada 20 penerima golongan asnaf di bawah DUN Satok, hasil sumbangan Pengurusan Surau DBKU, sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.

SEKITAR suasana di Bazar Ramadan Satok, Kuching, hari ini. Foto Norman B

Dalam kesibukan orang ramai berkunjung ke bazar, DBKU turut mengingatkan peniaga dan pengunjung agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan. Amalan 3R iaitu Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula terus digalakkan dengan penyediaan tong 3R serta tong kompos di setiap lokasi bazar.

Selain Bazar Ramadan Satok, DBKU turut menganjurkan Bazar Ramadan Semarak dan Bazar Ramadan Sukma Ria. Secara keseluruhan, 10 permit bazar Ramadan diluluskan tahun ini melibatkan 828 penjaja di beberapa lokasi sekitar Kuching, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan suasana Ramadan di bandar raya ini.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah luang masa tinjau keperluan Ramadan di Pusat Beli-Belah Majma
Next: Bomba pantau banjir kilat di Kampung Mundai, Kampung Simpok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.