Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bazar Ramadan Saratok tarik pelbagai kaum, perkukuh perpaduan masyarakat
  • SEMASA

Bazar Ramadan Saratok tarik pelbagai kaum, perkukuh perpaduan masyarakat

Utusan Sarawak 6 hours ago
MOHAMAD Duri menyempurnakan Majlis Perasmian Bazar Ramadan Saratok 2026 di Dewan Terbuka Sri Kalaka, petang tadi. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Keunikan Bazar Ramadan Saratok jelas terserlah apabila pengunjungnya bukan sahaja terdiri daripada masyarakat Melayu, malah turut disertai pelbagai komuniti lain seperti kaum Iban, Cina, Bidayuh dan lain-lain yang sama-sama datang menikmati pelbagai pilihan juadah yang dijual.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, situasi tersebut menunjukkan keharmonian masyarakat di daerah ini yang hidup dalam suasana saling menghormati dan berkongsi budaya.

Menurut beliau, bazar Ramadan bukan sekadar tempat membeli juadah berbuka puasa, malah menjadi ruang pertemuan masyarakat berbilang kaum yang mengeratkan hubungan silaturahim.

MOHAMAD Duri menyempurnakan Majlis Perasmian Bazar Ramadan Saratok 2026 di Dewan Terbuka Sri Kalaka, petang tadi. Foto: ADUN Kalaka

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Bazar Ramadan Saratok 2026 di Dewan Terbuka Sri Kalaka, petang tadi.

Tambah beliau, sambutan yang diterima setiap tahun membuktikan bahawa bazar tersebut bukan sahaja dinanti-nantikan oleh umat Islam, malah turut menjadi tarikan kepada masyarakat lain yang ingin merasai kemeriahan suasana Ramadan.

Katanya, keadaan itu memperlihatkan semangat perpaduan yang kukuh dalam kalangan penduduk di Daerah Saratok walaupun berbeza latar belakang kaum dan agama.

MOHAMAD Duri menyempurnakan Majlis Perasmian Bazar Ramadan Saratok 2026 di Dewan Terbuka Sri Kalaka, petang tadi. Foto: ADUN Kalaka

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan bahawa penganjuran bazar Ramadan memberi peluang kepada usahawan kecil serta peniaga tempatan menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan.

Menurutnya lagi, inisiatif seumpama ini secara tidak langsung membantu merancakkan ekonomi setempat selain menggalakkan masyarakat menyokong perniagaan komuniti tempatan.

Beliau turut berharap bazar Ramadan di Saratok akan terus menjadi platform yang menyatukan masyarakat serta memupuk semangat kebersamaan.

Dalam masa sama, Mohamad Duri berharap para peniaga di Bazar Ramadan harus memastikan kualiti bahan makanan dan minuman yang dijual terpelihara dan jaga daripada segala aspek, khususnya kebersihan.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid; Pegawai Kesihatan Bahagian Betong, Dr Mohamad Norhaizam; ahli-ahli Majlis Daerah Saratok serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) daerah berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada penjawat awam dibayar pada 13 Mac ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.