Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bazar Ramadan Meditel mudahkan warga HUS beli juadah berbuka
  • TEMPATAN

Bazar Ramadan Meditel mudahkan warga HUS beli juadah berbuka

Utusan Sarawak 3 months ago
RASMI BAZAR… Pihak Meditel serta pihak yang terlibat merakam gambar kenangan semasa majlis perasmian Bazar Ramadan Meditel 2025.

KUCHING: Bazar Ramadan 2025 anjuran Meditel dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perkip) dan Hospital Umum Sarawak (HUS) kini kembali untuk edisi keempat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Meditel, bazar tersebut menawarkan kemudahan kepada komuniti hospital dan masyarakat setempat untuk mendapatkan juadah berbuka puasa dengan lebih mudah dan selesa.

“Berlangsung dari 3 hingga 30 Mac 2025, bazar ini diadakan di pekarangan Meditel, Hospital Umum Sarawak, setiap hari dari 1.30 petang hingga 7.30 malam. 

“Sokongan daripada Petros, LPS Gastech Engineering Sdn Bhd dan Liansin Trading Sdn Bhd membolehkan bazar ini membantu mengurangkan keperluan warga hospital untuk keluar ke bazar lain, sekali gus mengelakkan risiko jangkitan serta memberi mereka lebih masa untuk berehat sebelum berbuka.

“Sebanyak 33 gerai akan beroperasi, merangkumi pelbagai kategori seperti minuman, kuih-muih, hidangan nasi campur, makanan barat, sushi, pakaian dan juga trak makanan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambah Meditel, semua vendor telah mendapatkan Sijil Pengendalian Makanan dan menerima suntikan vaksin tifoid bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan terjaga.  

“Majlis perasmian bazar itu berlangsung pada 5 Mac 2025, 2.30 petang di hadapan Serapi Food Village, Meditel dengan sesi pemotongan reben serta pengagihan apron dan bubur lambuk kepada pengunjung. 

“Majlis itu bakal dihadiri oleh Pengarah Hospital Umum Sarawak, Dr Ngien Hie Ung bersama tetamu kehormat dari pelbagai organisasi berkaitan.  

“Dengan pelbagai pilihan makanan serta suasana yang selesa, Bazar Ramadhan 2025 bukan sahaja menjadi tempat membeli juadah berbuka, malah menyemarakkan semangat Ramadan melalui inisiatif kebajikan seperti program sedekah bubur lambuk,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Meditel melalui e-mel marketing@meditel-my.com atau kunjungi media sosial mereka di Facebook (Meditel Kuching) dan TikTok (meditelkch.official).

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kreativiti rakyat bentuk identiti AirBorneo
Next: Rindok Raya 2025 beri peluang jana pendapatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.