Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BAZAR RAMADAN ‘HIDUP KEMBALI’
  • TEMPATAN

BAZAR RAMADAN ‘HIDUP KEMBALI’

Utusan Sarawak 4 years ago
MERIAH… Kemeriahan ketika bazar Ramadan kembali terasa bulan depan setelah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak membenarkan ia beroperasi dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

KUCHING: Bazar Ramadan di negeri ini dibenarkan beroperasi bermula 12 April hingga 12 Mei.

Keputusan pembukaan bazar Ramadan ini telah diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), semalam.

“Bagaimanapun, peniaga dan pelanggan perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan JPBNS di sini, semalam.

Tambahnya, sebelum memulakan operasi, premis-premis ini dikehendaki mendapatkan kelulusan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) terlebih dahulu.

“Semua pekerja dan pengusaha mesti telah menjalani ujian swab untuk RT-PCR (keputusan negatif Covid-19) sebelum memulakan operasi.

“Pemeriksaan berkala akan dilaksanakan untuk memastikan SOP sentiasa dipatuhi,” tegasnya.

SOP boleh diperolehi dari laman web Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak (http://mlgh.sarawak.gov.my).

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: KKD lambang keharmonian, interaksi
Next: Bazar Ramadan ‘hidup kembali’ bulan depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.