Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bazar ramadan dibenarkan tahun ini
  • NASIONAL

Bazar ramadan dibenarkan tahun ini

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA LUMPUR, 13 Feb -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) menggaul 'yee sang' pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Rantaian Peruncitan dan Francais ASEAN (ARFF) hari ini. Turut sama, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tiga, kanan) Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing (empat, kanan) dan Presiden Persekutuan Francais Rantaian Runcit Asean (ARFF), Datuk Mike Loh (kiri). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggaul ‘yee sang’ pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Rantaian Peruncitan dan Francais ASEAN (ARFF) semalam. Turut sama, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dan Presiden Persekutuan Francais Rantaian Runcit Asean (ARFF), Datuk Mike Loh. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada sekatan akan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi termasuk Bazar Ramadan pada tahun ini.

Bagaimanapn beliau berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.

“Kita tidak akan tutup perniagaan, saya dah sebut raya ke, bulan puasa ke, pasar Ramadan ke, pasar malam ke, masih akan dibuka seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina Keluarga Malaysia di sini semalam.

Terdahulu, media melaporkan luahan peniaga Bazar Ramadan yang bimbang mereka tidak boleh berniaga akibat kes Covid-19 negara yang mengalami peningkatan mendadak, susulan penularan varian Omicron sejak lebih sebulan lalu.

Sabtu lalu kes baharu Covid-19 mencatatkan 22,802 kes menjadikan kumulatif kes mencecah lebih tiga juta.

Minggu lepas, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penganjuran Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan, dan akan dilaksanakan seperti biasa SOP sedia ada.

Pada 2020, operasi Bazar Ramadan di seluruh negara adalah tidak dibenarkan bagi mengekang penularan Covid-19, manakala pada tahun lalu pula, operasi Bazar Ramadan di kawasan yang dikenakan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), tidak dibenar beroperasi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Isu pembukaan sempadan dibincangkan di Kabinet
Next: Penduduk Malaysia berjumlah 32.4 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.