Bazar Ramadan Desa Ilmu meriah, 140 tapak disusun teratur

Facebook
WhatsApp
RAKAMAN gambar kenangan Perasmian Bazar Ramadan Desa Ilmu, Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Suasana meriah menyambut pengunjung di Bazar Ramadan Desa Ilmu, dengan pelbagai juadah berbuka puasa tersedia dari lauk-pauk hingga kuih-muih tradisional. 

Perasmian bazar tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang, yang turut meninjau setiap gerai sepanjang bazar.

DATO Idris Buang, meninjau gerai jualan di Bazar Ramadan Desa Ilmu, Kota Samarahan.

Beliau berharap bazar itu memberi manfaat kepada penjaja tempatan dan memudahkan penduduk mendapatkan juadah berbuka dalam suasana teratur dan mesra keluarga sepanjang Ramadan.

Menurut beliau, bazar tersebut mempunyai sekitar 140 tapak sahaja, yang merupakan kapasiti maksimum bagi memastikan perniagaan tidak terlalu tersebar dan setiap penjaja mendapat peluang terbaik.

DATO Idris Buang berucap pada majlis Perasmian Bazar Ramadan Desa Ilmu, Kota Samarahan.

“Fokus kita bukan sahaja kuantiti, tetapi kualiti. Dengan susunan dan persembahan yang baik, pengunjung boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang selesa, sementara penjaja pula mendapat peluang perniagaan optimum,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah