Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Bujang 2026 perkenal bayaran QR, pertandingan lampu gerai
  • Tengah
  • WILAYAH

Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Bujang 2026 perkenal bayaran QR, pertandingan lampu gerai

Utusan Sarawak 7 hours ago
UTAMAKAN KEBERSIHAN…..Sayed Azmee menyerahkan apron kepada salah seorang peniaga di Bazar Ramadan Tun Tuanku Bujang 2026.

SIBU: Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Bujang tahun ini tampil dengan pelbagai pembaharuan termasuk penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai menerusi kod QR serta penganjuran pertandingan lampu gerai bagi memeriahkan suasana sepanjang bulan Ramadan.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Sayed Azmee Wan Junaidi berkata, bazar ramadan ini antara bazar terawal di Sarawak yang menyediakan kemudahan pembayaran kod QR.

“Sistem pembayaran menggunakan kod QR ini merupakan inisiatif pihak Bank Islam Malaysia Berhad. Ia memudahkan urusan antara pembeli dan peniaga. Selain itu, pertandingan lampu gerai diadakan bagi menceriakan suasana bazar,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee, merasmikan Bazar Ramadan Sibu, petang tadi.

Menurutnya, aspek kebersihan turut diberi penekanan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) yang akan memantau tahap kebersihan serta pematuhan peraturan oleh para penjaja sepanjang tempoh bazar berlangsung.

 UNTUK KEMUDAHAN PENGUNJUNG….Sayed Azmee mengimbas kod QR khas untuk aduan di Bazar Ramadan Tun Tuanku Bujang 2026.

Selain itu, katanya, jawatankuasa penganjur turut menyediakan satu kod QR khas di lokasi bazar bagi membolehkan pengunjung menyalurkan sebarang aduan atau maklum balas secara terus.

“Sekiranya terdapat sebarang aduan, orang ramai boleh menyalurkannya melalui kod QR yang disediakan. Jawatankuasa akan mengambil tindakan segera dan berhubung terus dengan pihak KKM sekiranya melibatkan isu kebersihan atau perkara yang memerlukan tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, jawatankuasa yang terdiri daripada wakil pusat khidmat akan memastikan setiap aduan ditangani melalui saluran yang betul demi menjamin kelancaran dan keselesaan sepanjang penganjuran Bazar Ramadan Sibu 2026.

“Saya berharap orang ramai dapat memberikan maklum balas yang membina serta memanfaatkan saluran aduan yang disediakan bagi memastikan bazar berjalan teratur dan mencapai matlamat penganjurannya,” katanya.

Sementara itu, Sayed Azmee berkata, penganjuran tahun ini turut mendapat sokongan serta bantuan subsidi daripada Datuk Dr Annuar Rapaee bagi meringankan beban para penjaja.

“Sebanyak 116 penjaja melibatkan 58 gerai akan berniaga sepanjang bulan Ramadan. Kita amat berterima kasih atas bantuan subsidi yang diberikan bagi membantu penjaja menjana pendapatan sepanjang bulan yang mulia ini,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau menyerahkan apron kepada semua peniaga di Bazar Ramadan Sibu 2026.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pemuda hilang dalam insiden bot laju di Ulu Sungai Skrang
Next: Komitmen penuh pastikan projek Masjid Baharu Kabong lancar dan ikut spesifikasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.