Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bazar Pasar Dayak, Kem Penrissen terus meriah masuk hari kelima Ramadan
  • TEMPATAN

Bazar Pasar Dayak, Kem Penrissen terus meriah masuk hari kelima Ramadan

Utusan Sarawak 5 hours ago
MERIAH… Hari kelima Ramadan menyaksikan suasana di Bazar Pasar Dayak, Kem Penrissen terus meriah dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus sejak awal petang tadi. Foto Shikin Mahmud

KUCHING: Hari kelima Ramadan menyaksikan Bazar Ramadan Pasar Dayak, Kem Penrissen terus menjadi tumpuan pengunjung yang tidak putus-putus hadir sejak awal petang tadi, bagi mendapatkan juadah berbuka puasa.

Walaupun lokasi bazar terletak dalam kawasan kem tentera, orang awam tetap dibenarkan masuk bagi mengunjungi bazar tersebut, sekali gus menjadikannya unik dan berbeza berbanding bazar Ramadan di lokasi lain.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati para peniaga menawarkan aneka pilihan makanan dan minuman, merangkumi hidangan tradisional tempatan sehinggalah menu moden yang digemari ramai.

Antara yang menjadi tarikan ialah lauk-pauk kampung, kuih-muih tradisional, ayam percik, nasi kerabu, murtabak serta pelbagai jenis air balang yang menyegarkan, sekali gus memenuhi cita rasa pelbagai lapisan masyarakat.

MERIAH… Hari kelima Ramadan menyaksikan suasana di Bazar Pasar Dayak, Kem Penrissen terus meriah dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus sejak awal petang tadi.

Menariknya, terdapat variasi makanan yang lebih meluas memandangkan sebahagian peniaga berasal dari Semenanjung Malaysia, sekali gus memperkenalkan menu popular dari luar Sarawak kepada masyarakat setempat.

Suasana bazar semakin rancak menjelang waktu berbuka puasa apabila pengunjung mengambil peluang membeli juadah sambil beramah mesra dan mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh kemeriahan Ramadan.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Enam masjid baharu dalam pelaksanaan, pembangunan modal insan terus diperkasa
Next: Eksklusif: ‘Lompat tikam’ dari Kelantan tarik perhatian di Bazar Pasar Dayak, Kem Penrissen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.