Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bazar Gawai Dayak PLGFC meriah dengan persembahan PARISA
  • Tengah
  • WILAYAH

Bazar Gawai Dayak PLGFC meriah dengan persembahan PARISA

Utusan Sarawak 1 week ago
MANTAP…Gandingan bertenaga persembahan daripada Angela Lata Jua dan Rem Jana semasa Bazar Gawai Dayak di PLGFC di Sibu pada malam Ahad.

SIBU: Bazar Gawai Dayak di Medan Selera Taman Tasik Permai (PLGFC) di sini telah dimeriahkan dengan persembahan barisan artis-artis dari Persatuan Artis Iban Sarawak (PARISA) pada malam Ahad.

Menurut Pengerusi PARISA Kaunselor Bujang Paku Lawang antara artis-artis yang terlibat ialah Toddy, Rem Jana, Angela Lata Jua, Lerry Silas, Mary Kadom, Alo Jana dan ramai lagi.

“Ini merupakan program kami sempena dengan penganjuran Bazar Gawai Dayak PLGFC yang diketuai pengerusi jawatakuasanya Veronica Blankat.

“Sebanyak 12 gerai terlibat dalam bazar ini dimana la gerai menjual makanan dan empat menjual minuman,” katanya kepada pemberita.

Bujang Paku Lawang yang merupakan koordinator bazar dan PLGFC dibawah Majlis Perbandaran Sibu (MPS) berkata, bazar ini dibuka dari 4.00 petang sehingga jam 10.00 malam.

Jelasnya, bazar ini bermula sejak 1 Mei lalu dan akan berakhir pada 10 Mei ini.

“Di sini bazar menjual pelbagai makanan tradisional Dayak harus dikunjungi warga Sibu untuk merasai keenakan makanan kami. Namun produk yang dijual semuanya tidak halal tetapi kita mempunyai satu gerai yang menjual makanan halal,” ujarnya lagi.

Menyentuh megenai program PARISA, beliau memberitahu, selain daripada persembahan artis turut diadakan sesi karaoke yang terbuka kepada pengunjung bagi memeriahkan lagi bazar kali ini.

“Bermula 1 hingga 10 Mei ini, bazar ini tidak akan sunyi kerana setiap malam ada persembahan sama ada hiburan dan kebudayaan di pentas PLGFC bagi menghangatkan lagi bahang sambutan Gawai Dayak semasa bazar diadakan kali ini,” tambahnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SPM 2024: Lonjakan 15 peratus pelajar cemerlang, 269 terima insentif RM97,000
Next: 129 KMKK sertai kursus integriti di Sarikei, Tanjung Manis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.