Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bayi perempuan ditinggal di Baby Hatch, ibu atau waris dicari
  • SEMASA

Bayi perempuan ditinggal di Baby Hatch, ibu atau waris dicari

Utusan Sarawak 14 hours ago
SEORANG bayi perempuan yang ditinggalkan di Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch) Borneo Medical Centre, di isni, pada 13 Oktober lalu.

KUCHING: Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKM) Bahagian Kuching sedang mengesan ibu kandung atau waris terdekat kepada seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch) Borneo Medical Centre, di sini, pada 13 Oktober lalu.

Menurut kenyataan PKM, bayi berkenaan dianggarkan berusia sembilan hari ketika dijumpai dalam keadaan sempurna dengan berbalut sehelai tuala berwarna biru putih.

Sehubungan itu, pihak PKM menggesa ibu kandung atau waris sah bayi tersebut untuk tampil bagi urusan pendaftaran sijil kelahiran dan penentuan kewarganegaraan serta tindakan lanjut berkaitan kebajikan kanak-kanak terbabit.

Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pelindung Vessline Apang di talian 082-507111 atau 082-507999, atau hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching.

Kenyataan media ini telah mendapat kebenaran Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kuching selaras dengan peruntukan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: AZAM Sarawak perkukuh jalinan strategik, sertai Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 di Kuala Lumpur
Next: Haji musim 1447H/2026: Bakal jemaah gagal ujian kesihatan boleh kemuka permohonan semula tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.