Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bayi Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk, kurang tempat perlindungan, kebuluran semakin himpit penduduk
  • GLOBAL

Bayi Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk, kurang tempat perlindungan, kebuluran semakin himpit penduduk

Utusan Sarawak 5 months ago

Bayi berusia tiga bulan, Sila al-Faseeh dilaporkan meninggal dunia akibat hipotermia di Hospital Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza pada 25 Disember lalu. - Foto AFP

NEW YORK: Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini, berkata bayi di Semenanjung Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk dan kekurangan tempat perlindungan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Pada masa yang sama, selimut, tilam dan bekalan musim sejuk lain telah tersekat di rantau itu selama beberapa bulan sementara menunggu kelulusan untuk dibawa masuk ke Gaza,” tambah Lazzarini dalam satu hantaran di platform X.

Beliau menyeru penghantaran segera bekalan asas yang sangat diperlukan, termasuk bekalan untuk musim sejuk sambil mengulangi gesaan untuk gencatan senjata segera.

Di ROM, Program Makanan Sedunia (WFP) menyatakan kebuluran semakin menghimpit penduduk di Gaza.

WAFA melaporkan, WFP hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan untuk menyokong penduduk di Gaza. 

“Kami mengulangi seruan kami untuk akses yang selamat dan berterusan serta pemulihan undang-undang dan ketenteraman. Gencatan senjata lebih diperlukan berbanding sebelumnya,” tegas WFP di platform X. – Bernama-Wafa

Continue Reading

Previous: Parker Solar Probe ‘selamat’ selepas misi paling hampir dengan matahari
Next: 4 rakyat Malaysia terlibat kemalangan bas di Norway – Wisma Putra

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.