Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bayi antara 12 maut dalam nahas pesawat di Amazon Brazil
  • GLOBAL

Bayi antara 12 maut dalam nahas pesawat di Amazon Brazil

Utusan Sarawak 2 years ago

BRAZIL: Seramai 12 orang termasuk seorang bayi maut dalam nahas pesawat kecil di Amazon Brazil, kata pegawai.

Kerajaan negeri barat laut Acre dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat itu, sebuah enjin tunggal Cessna Caravan, terhempas berhampiran lapangan terbang Rio Branco sejurus selepas berlepas.

Katanya, kesemua mangsa terdiri daripada 10 penumpang iaitu sembilan dewasa dan seorang bayi termasuk juruterbang dan pembantunya, maut di tempat kejadian.

Menurut laporan akhbar tempatan, pesawat itu terbakar sehingga mengakibatkan kebakaran hutan di kawasan terpencil berhampiran sempadan Brazil dengan Peru dan Bolivia.

Ramai penumpang pulang ke negeri jiran Amazonas selepas menerima rawatan perubatan, kata media.

Pada kejadian lain melibatkan lokasi sama pada September, 14 orang terbunuh apabila sebuah pesawat terhempas ketika cuba mendarat semasa ribut di bandar Amazonas, Barcelos.

Pada Jun lalu, empat kanak-kanak Orang Asli terselamat dalam nahas pesawat di Amazon Colombia, kemudian berjaya terus hidup selama 40 hari di dalam hutan sebelum diselamatkan dalam pencarian besar-besaran. – AFP

Continue Reading

Previous: Ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin tuntut gencatan senjata
Next: Angka kematian Taufan Otis meningkat kepada 43 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.