Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bayi 21 bulan bergantung tiub makanan, keluarga rayu bantuan
  • Selatan
  • WILAYAH

Bayi 21 bulan bergantung tiub makanan, keluarga rayu bantuan

Utusan Sarawak 4 hours ago
Wakil Hope Place Kuching menyampaikan bantuan berupa susu khas, lampin bayi serta barangan keperluan kepada seorang ibu yang menjaga bayi berusia 21 bulan dengan komplikasi kesihatan di kediaman keluarga tersebut di Kuching.

KUCHING: Seorang bayi lelaki berusia 21 bulan yang bergantung sepenuhnya kepada tiub makanan sejak lahir kini memerlukan bantuan berterusan susulan masalah kesihatan serius yang dihadapinya.

Hope place dalam satu kenyataan berkata, bayi berkenaan, Fahim Fathurrahman Mohammad Sait, disahkan menghidap dysmorphism, iaitu keadaan struktur tubuh tidak normal yang berpotensi menjejaskan perkembangan mentalnya. 

Katanya, ketika ini, Fahim tidak mampu menelan makanan secara normal dan hanya boleh menerima nutrisi melalui tiub yang disambungkan terus ke perutnya.

“Menurut laporan perubatan, Fahim juga kerap mengalami sesak nafas dan memerlukan rawatan segera sekiranya diserang demam atau batuk. 

“Pada September lalu, bayi itu menjalani pembedahan usus, namun tahap pemulihannya masih belum dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ibunya, Sarah, 36, berkata rutin harian membersihkan bahagian perut tempat tiub disambungkan sering menyebabkan Fahim menangis kesakitan, dipercayai akibat kesan pembedahan dan ketidakselesaan berterusan.

“Setiap kali selepas mandi, bahagian perutnya perlu dibersihkan dan dibalut dengan teliti. Dia selalu menangis, mungkin kerana sakit,” katanya ketika berkongsi keadaan anaknya dengan pihak kebajikan.

Bapa Fahim, Mohammad Sait, 40, bekerja sebagai pemandu penghantaran dengan pendapatan minimum, manakala Sarah terpaksa berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa bagi menjaga Fahim. 

“Mereka turut menanggung empat lagi anak yang masih bersekolah, sekali gus menambah beban kewangan keluarga.

“Keluarga itu pernah menerima bantuan kewangan sekali daripada Baitulmal pada Januari lalu dan kini sedang menunggu kelulusan bantuan kebajikan,” katanya.

 Sementara itu, Hope Place Kuching tampil membantu dengan menyediakan susu khas, lampin bayi serta keperluan persekolahan untuk anak-anak lain.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Hope Place Kuching atau Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (PKHK) di talian 082-505987 atau 013-5672775.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gawai Antu perkukuh perpaduan komuniti Rumah Nyawin
Next: Paras air banjir di Beluru menurun, satu lokasi masih meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.