Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bayaran SKAS dijangka dikreditkan sebelum Hari Raya – Premier Sarawak
  • TEMPATAN

Bayaran SKAS dijangka dikreditkan sebelum Hari Raya – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 13 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap dalam Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak meneruskan penyaluran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) tahun ini dengan bayaran dijangka dikreditkan kepada penerima yang layak sebelum sambutan Hari Raya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penyaluran bantuan tersebut dilancarkan dalam  Ramadan ini bagi membolehkan rakyat Sarawak membuat persediaan menjelang perayaan.

“Jadi kita akan melancarkannya pada Ramadan ini, di mana penerima yang layak boleh membuat semakan di SarawakPay untuk melihat sama ada sumbangan itu telah dikreditkan oleh kerajaan Sarawak untuk membantu penerima membeli barangan keperluan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Premier Sarawak menambah, pelaksanaan SKAS mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, khususnya dalam membantu mereka mendapatkan barangan keperluan asas harian.

“Jadi usaha ini adalah untuk memastikan dapur mereka sentiasa ‘berasap’. Apabila kita mengamalkan dasar-dasar yang berteraskan kepentingan rakyat, ia akan memudahkan segala urusan harian kita,” jelas beliau lagi.

Pada tahun ini, kerajaan Sarawak telah mengumumkan peningkatan kadar bantuan SKAS sebagai langkah memperkukuh jaringan keselamatan sosial negeri.

Kategori isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah kini menerima peningkatan bantuan daripada RM800 kepada RM950 setahun, dengan setiap pembayaran berjumlah RM316.

Warga emas tanpa pasangan atau anak dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah pula menerima peningkatan daripada RM400 kepada RM500 setahun (RM166 setiap pembayaran), manakala individu bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah menikmati kenaikan daripada RM250 kepada RM300 setahun, bersamaan RM100 setiap pembayaran.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan-Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus dan Datuk Mohammad Razi Sitam dan tetamu kehormat lain.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Betong lokasi Rumah Terbuka, Perarakan dan Konsert Gawai Dayak 2026, 6 Jun depan
Next: Kemudahan jambatan, jalan raya Sarawak permudahkan rakyat pulang beraya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.