Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bayaran pampasan dinilai semula
  • TEMPATAN

Bayaran pampasan dinilai semula

Utusan Sarawak 4 years ago
HARGAI TANAH… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Dato Henry Sum Agong bersama penerima pampasan dan lesen TOL.

LAWAS: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menilai semula kadar pampasan untuk tanaman di tanah yang diambil kerajaan untuk perlaksanaan berbagai projek kemudahan awam.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan bahawa semua tanah yang diambil ini akan dinilai mengikut pasaran semasa dan tanaman yang terjejas juga akan dinilai mengikut spesifikasi dan kategori yang sepatutnya.

Awang Tengah bersyukur kerana rakyat semakin memahami usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat yang terpaksa mengambil tanah individu tertentu dengan nilai pampasan yang setimpal.
Beliau menjelaskan terdapat banyak lagi projek pembangunan yang akan dilaksanakan di Sarawak termasuk Lawas.

Malahan kebanyakkan projek yang dilaksana kelak adalah daripada peruntukan Kerajaan Negeri dan juga peruntukan tambahan Kerajaan Persekutuan di bawah

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) iaitu melalui Timbalan Menteri KPLB Dato Henry Sum Agong.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak menyatakan demikian pada majlis penyerahan lesen pendudukan sementara (TOL) bagi Skim Penempatan Semula(SPS) Fasa IV Banting dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) Punang Fasa II dan perasmian Pejabat Tanah dan Survei Bahagian Limbang (Cawangan Lawas) di bangunan lama Pejabat Daerah Lawas semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Malaysia Dato Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Tanah dan Survei Sarawak Awanh Zamhari Awang Mahmood, Pengarah NRDA Datu Ubaidillah Abdul Latip, Timbalan Residen Bahagian Limbang Haji Sebi Haji Abang dan kenamaan tempatan lainnya.

Seterusnya projek pembinaan jalanraya daripada Punang ke Sungai Bangat yang turut melalui tanah milik penduduk kampung juga akan dibayar pampasan dalam masa terdekat.

Sementara itu beliau juga berterima kasih kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak yang telah berjaya membuka Pejabat Cawangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) di Lawas.

Ini adalah langkah tepat berikutan pergerakan terhad antara Daerah Limbang dan Lawas pada waktu ini.

Walaupun banyak sistem JTS ada menawarkan perkhidmatan dalam talian, tetapi tidak semua perkhidmatan ini dapat diakses oleh penduduk di Daerah Lawas.

Oleh itu, banyak urusan yang memerlukan pelanggan JTS berurusan secara bersemuka untuk menyelesaikan berbagai urusan dengan pihak JTS Sarawak.

“Kita mahu pejabat ini terus dikekalkan di Lawas dan kita juga sudah menyediakan ruang untuk Pejabat JTS di Komplek Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang baru di Lawas,” ujarnya.

Ini akan lebih merapatkan lagi perhubungan antara rakyat dan kerajaan di peringkat Negeri Sarawak.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: RM30 juta bayar pusat kuarantin
Next: PRS hormati tindakan Larry

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.