Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Bayaran BKK RM1,200 untuk pelajar Sarawak di IPTA, IPTS mulai hari ini
  • PENDIDIKAN

Bayaran BKK RM1,200 untuk pelajar Sarawak di IPTA, IPTS mulai hari ini

Utusan Sarawak 7 hours ago
BAYARAN BKK RM1,200 untuk pelajar Sarawak di IPTA, IPTS mulai hari ini. Foto Yayasan Sarawak

SIBU: Bayaran Bantuan Kewangan Khas (BKK) sebanyak RM1,200 kepada pelajar Sarawak yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini.

Notis bayaran bantuan daripada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) serta Yayasan Sarawak itu turut dimuat naik melalui akaun Facebook DUN Nangka hari ini.

Notis itu memaklumkan bahawa pelajar perlu memuat naik surat pengesahan pengajian daripada institusi masing-masing bagi melayakkan diri menerima bantuan berkenaan dengan surat pengesahan itu hendaklah menunjukkan status pelajar sebagai ‘belajar’ atau ‘aktif’.

Selain itu, tarikh surat pengesahan mestilah terkini, iaitu pada atau selepas tarikh notis dikeluarkan, dan pelajar tidak berada dalam status penangguhan, berhenti atau mana-mana status lain yang tidak aktif.

Pengemaskinian maklumat boleh dibuat menerusi portal https://myys.yayasansarawak.org.my/ dengan log masuk menggunakan Sarawak Pass, manakala pengesahan dokumen akan dilakukan oleh pihak My Yayasan, dan status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau semakan di portal berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, bantuan itu dijangka memanfaatkan lebih 60,000 pelajar Sarawak di IPTA dan IPTS.

Beliau berkata kerajaan Sarawak memperuntukkan lebih RM73 juta setahun bagi menyediakan bantuan berkenaan, yang terbuka kepada semua pelajar Sarawak di kedua-dua institusi tersebut.

“Bantuan ini dapat meringankan beban pelajar serta ibu bapa,” katanya sambil menambah pelajar boleh menikmati BKK berkenaan sehingga tamat pengajian. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Permohonan UP_TVET Perdana ambilan Julai 2026 dibuka mulai esok hingga 8 Mei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.