Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bayaran balik cukai dikreditkan berperingkat mulai minggu kedua Mac – LHDN
  • NASIONAL

Bayaran balik cukai dikreditkan berperingkat mulai minggu kedua Mac – LHDN

Utusan Sarawak 6 hours ago

Screenshot

PUTRAJAYA: Bayaran balik cukai kepada pembayar yang layak dan telah selesai diproses, akan mula dikreditkan secara berperingkat pada minggu kedua Mac ini.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan, semalam, bayaran balik itu membabitkan pembayar cukai individu yang telah mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran 2025 selaras dengan pembukaan perkhidmatan e-Filing mulai 1 Mac lalu.

“Selaras Piagam Pelanggan LHDN, bayaran balik cukai bagi BNCP yang dihantar melalui e-Filing akan diproses dalam tempoh hingga 30 hari bekerja, manakala bagi BNCP yang dihantar secara manual pula, tempoh pemprosesan ialah hingga 90 hari bekerja.

“Bagaimanapun, sekiranya maklumat yang dikemukakan oleh pembayar cukai adalah lengkap dan tepat serta tidak memerlukan semakan lanjut, bayaran balik cukai akan diproses lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, LHDN menasihati pembayar cukai untuk memastikan maklumat akaun bank yang dilaporkan kepada pihaknya adalah tepat dan terkini bagi memastikan bayaran balik dapat diproses dengan lancar.

“LHDN komited untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pembayar cukai serta memastikan urusan percukaian dilaksanakan secara cekap dan efisien,” katanya. – Bernama.

Continue Reading

Previous: 323 rakyat Malaysia di Qatar dijangka dibawa pulang minggu depan
Next: Al-Quran wahana penting bimbing umat Islam hadapi cabaran semasa – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.