Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bawang merah bernilai RM112,000 dirampas
  • TEMPATAN

Bawang merah bernilai RM112,000 dirampas

Utusan Sarawak 5 years ago
RAMPASAN… Lori yang digunakan untuk membawa 320 guni bawang merah di Kampung Stass, Bau, kelmarin.

KUCHING: Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA), Kuching berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar barang kawalan 320 guni bawang merah berjumlah RM 112,000 ke negara Indonesia melalui jalan gajah di Kampung Stass, Bau, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuching, Supt Rosdi Inai berkata, rampasan dilakukan dalam operasi ‘Op Benteng Covid’ yang dijalankan di kawasan persempadanan Sarawak.

“Pasukan operasi terdiri daripada enam anggota dari Batalion 11 PGA bersama anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis (IPD) Bau pada jam lebih kurang 8.45 malam atas risikan dan maklumat yang diperolehi.

“Sebuah lori yang melalui jalan tersebut ditahan dan diperiksa mendapati membawa muatan sebanyak 320 guni bawang merah yang disyaki akan diseludup atau dibawa keluar ke Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut dilakukan dan mendapati pemandu tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen sah tentang barang tersebut.

“Pemandu lori, lelaki tempatan berumur 31 tahun ditahan dan barang rampasan diserah kepada pihak IPD Bau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta kawalan Bekalan 1961.

“Kes juga didapati melanggar Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 untuk tindakan lanjut.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM 100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Tambahnya, bagi kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih sebulan.

“Saya menggesa dan menasihatkan kepada masyarakat setempat supaya sentiasa memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat-maklumat kepada pihak berkuasa khususnya Polid Diraja Malaysia (PDRM) di dalam menangani apa jua jenayah,” katanya.

Continue Reading

Previous: Jangan lakukan rentas bahagian, negeri
Next: RM6 juta pampasan kepada 58 pemilik tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.