Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Batu Niah dilanda banjir, bekalan air terjejas
  • WILAYAH

Batu Niah dilanda banjir, bekalan air terjejas

Utusan Sarawak 7 hours ago
JALAN PUTUS… Masalah besar ketika ini bekalan air iaitu laluan utama dari Batu Niah ke Lebuh Raya Pan Borneo atau Simpang Ngu telah putus akibat banjir kilat dan aliran air deras.

BATU NIAH: Masalah utama ketika ini ialah bekalan air, kerana laluan utama dari Batu Niah ke Lebuh Raya Pan Borneo atau Simpang Ngu terputus akibat banjir kilat dan aliran air deras.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, jalan putus turut melibatkan paip pecah telah mendatangkan masalah bekalan air kepada penduduk di Batu Niah.

“Kawasan yang terjejas bekalan air ialah Batu Niah, Niah, Saeh hingga ke Kuala Sibuti.

“Di mana pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) kini berusaha menghantar tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas air,” katanya.

JALAN PUTUS… Masalah besar ketika ini bekalan air iaitu laluan utama dari Batu Niah ke Lebuh Raya Pan Borneo atau Simpang Ngu telah putus akibat banjir kilat dan aliran air deras.

Tambahnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga berusaha menghantar bakul makanan kepada mangsa banjir.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) dan JBALB sedang bekerjasama untuk memulihkan keadaan, di mana JKR bertanggungjawab membaiki jalan yang terputus manakala JBALB pula menyambung paip yang pecah,” jelasnya lagi.

Justeru, diharapkan cuaca baik supaya pihak JKR dan JBALB dapat melaksanakan kerja-kerja baik pulih jalan rosak dan paip pecah. Beliau juga berharap rakyat bersabar serta memberikan kerjasama kepada agensi-agensi kerajaan yang sedang menjalankan tugas.

Utusan Sarawak difahamkan, jalan yang putus itu berdekatan dengan Sungai Manong dan JKR bersama kini giat dilaksanakan dengan pemasangan pembentung, JBALB pula melakukan penyambungan semula paip.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir Bekenu, mangsa terima bantuan segera
Next: DBKU perkukuh kesiapsiagaan hadapi musim tengkujuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.