Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Batik Air tawar promosi Hari Guru diskaun tambang hingga 30 peratus
  • PENDIDIKAN

Batik Air tawar promosi Hari Guru diskaun tambang hingga 30 peratus

Utusan Sarawak 5 hours ago
WARGA pendidik boleh menikmati diskaun sebanyak 15 peratus bagi Tambang Nilai Ekonomi dan 30 peratus bagi Tambang Fleksibel Ekonomi.

KUALA LUMPUR: Batik Air menawarkan promosi istimewa dengan diskaun tambang penerbangan untuk warga pendidik di seluruh negara bersempena dengan sambutan Hari Guru. 

Batik Air dalam satu kenyataan memaklumkan warga pendidik boleh menikmati diskaun sehingga 15 peratus bagi Tambang Nilai Ekonomi dan 30 peratus bagi Tambang Fleksibel Ekonomi apabila menempah penerbangan menggunakan kod promo FLYGURUBITARA.

Promosi tersebut sah untuk tempahan yang dibuat bermula hari ini hingga 15 Jun, bagi perjalanan sehingga 30 November tahun ini.

“Para guru boleh menebus promosi itu dengan memasukkan kod promosi semasa proses tempahan di laman web rasmi Batik Air. Untuk maklumat lanjut tentang cara membuat tempahan boleh layari www.batikair.com.my/my/teachers-day,” maklum syarikat penerbangan itu.

Menurut kenyataan itu, pengumuman khas dalam pesawat juga akan dibuat dalam penerbangan terpilih hari ini bagi meraikan warga pendidik yang menaiki pesawat syarikat penerbangan itu sebagai menghargai kepentingan profesion perguruan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk Chandran Rama Muthy berharap inisiatif khas ini akan dapat menjadi tanda penghargaan yang bermakna atas usaha berterusan guru dalam membina masa depan yang lebih cerah untuk masyarakat.

“Guru memainkan peranan penting bukan sahaja dalam membentuk generasi akan datang, tetapi juga kekuatan dan kemajuan komuniti kita. Dedikasi, bimbingan dan komitmen mereka meninggalkan impak yang berkekalan, mempengaruhi pemimpin, inovator dan pencetus perubahan pada masa depan,” katanya. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: MARA buka pembiayaan kadet juruterbang, utamakan pelajar tahfiz aliran STEM
Next: YGMB, Great Eastern Takaful lancar skim perlindungan pendidik sempena Hari Guru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.