Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Batik Air tambah 18 penerbangan harian sempena PRU-15
  • BISNES

Batik Air tambah 18 penerbangan harian sempena PRU-15

Utusan Sarawak 3 years ago

Syarikat penerbangan itu berkata, ia menambah 18 penerbangan harian ke destinasi seperti Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu mulai 5 hingga 23 November.

KUALA LUMPUR: Batik Air yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air meningkatkan penerbangan tambahan bagi destinasi domestik yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memenuhi peningkatan permintaan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, ia menambah 18 penerbangan harian ke destinasi seperti Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu mulai 5 hingga 23 November.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata, penerbangan tambahan itu dilaksanakan susulan pengumuman tarikh pengundian PRU-15 untuk memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

“Kami menjangkakan berlaku lonjakan permintaan, dan kami berharap penerbangan tambahan ini akan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia serta ahli politik semasa tempoh berkempen.

“Kami meminta pengembara untuk merancang perjalanan mereka dan memanfaatkan penerbangan tambahan yang kini tersedia untuk tempahan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial Batik Air di Facebook, Instagram dan Twitter. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sabah lancar minyak masak tempatan jenama ‘Sayang’
Next: Cradle anjur acara jaringan padankan syarikat pemula, pelabur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.