Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Batik Air perbaharui pensijilan IOSA, kukuhkan komitmen amalan keselamatan
  • SEMASA

Batik Air perbaharui pensijilan IOSA, kukuhkan komitmen amalan keselamatan

Utusan Sarawak 9 hours ago
KAPAL terbang Batik Air.

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Batik Air berjaya memperbaharui pensijilan Audit Keselamatan Operasi (IOSA) yang dikeluarkan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sah sehingga 3 Jun, 2027.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata pensijilan IOSA menetapkan penadan aras global bagi keselamatan penerbangan dan kecekapan operasi menerusi penilaian terhadap sistem penerbangan dan prosedur berdasarkan set piawaian dan amalan secara menyeluruh.

Pensijilan baharu ini diberikan susulan audit menyeluruh yang dilakukan di bawah rangka kerja Audit Berasaskan Risiko (RBA) IATA yang dipertingkatkan.

“Pembaharuan pensijilan IOSA mencerminkan nilai teras syarikat dan visi jangka panjang Batik Air untuk menjadi syarikat penerbangan penuh pilihan yang dipercayai,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk Chandran Rama Muthy berkata pensijilan tersebut bukan sahaja memberi jaminan, malah ketenangan fikiran kepada para penumpang.

“Sama ada penerbangan domestik atau antarabangsa, para penumpang boleh meyakini bahawa setiap penerbangan Batik Air disokong oleh protokol keselamatan yang kukuh, penyelarasan operasi yang lancar, dan ketepatan pelaksanaan,” katanya.

Batik Air turut menegaskan bahawa pembaharuan pensijilan ini menonjolkan usaha berterusan pasukan operasinya dalam mengekalkan dan mengutamakan piawaian keselamatan penerbangan antarabangsa.

Syarikat penerbangan itu juga menyatakan komitmennya untuk terus mengembangkan rangkaian penerbangan serantau dan antarabangsa, sambil mengekalkan tumpuan terhadap keselamatan, kebolehpercayaan, dan keselesaan perjalanan udara.

“Penumpang yang terbang bersama Batik Air boleh menjangkakan pengalaman perjalanan yang dibina berasaskan amalan terbaik industri, barisan pesawat yang moden, serta amalan keselamatan yang tidak berkompromi,” kata kenyataan itu.

–Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak bakal rasmi Jambatan Batang Saribas 1, lancar BDDA pada 19 Julai
Next: Selat Hormuz satu kebimbangan namun industri minyak kekal stabil – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.