Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Batik Air batal penerbangan KL-Dubai susulan ruang udara Asia Barat ditutup
  • SEMASA

Batik Air batal penerbangan KL-Dubai susulan ruang udara Asia Barat ditutup

Utusan Sarawak 10 hours ago
BATIK Air telah membatalkan perkhidmatan penerbangan yang dijadualkan hari ini antara Kuala Lumpur dan Dubai.

KUALA LUMPUR: Batik Air telah membatalkan perkhidmatan penerbangan yang dijadualkan hari ini antara Kuala Lumpur dan Dubai sebagai langkah berjaga-jaga susulan penutupan koridor ruang udara tertentu di Asia Barat.

Menurut syarikat penerbangan itu, pihaknya akan terus memantau rapat perkembangan semasa dan menilai kesannya terhadap ruang udara serantau dan operasi penerbangan.

“Keputusan ini adalah selaras dengan panduan daripada pihak berkuasa penerbangan yang berkaitan dan memperlihatkan komitmen Batik Air untuk memastikan standard keselamatan operasi yang tertinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penumpang yang terjejas sedang dimaklumkan secara terus dan akan diberikan bantuan sewajarnya termasuk pilihan penjadualan semula penerbangan atau bayaran balik sekiranya berkaitan.

Sehubungan itu, katanya penumpang yang akan menaiki penerbangan serta akan datang ke rantau ini dinasihatkan untuk memantau status penerbangan mereka secara berkala melalui laman web rasmi syarikat penerbangan dan saluran komunikasi.

Batik Air berkata syarikat itu akan terus bekerjasama rapat dengan pengawal selia penerbangan awam, pihak berkuasa lapangan terbang dan rakan operasi, serta akan terus menilai keadaan berdasarkan perkembangan terkini. 

“Pengumuman selanjutnya akan dikeluarkan apabila terdapat maklumat tambahan,” katanya.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gagal kemuka dokumen stabiliti, kapal kargo ditahan
Next: “Anak-anak berlari memeluk saya tiap kali misil lintas ruang udara” – Rakyat Malaysia di UAE

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.