Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BATANG LUPAR BAKAL MILIKI JAMBATAN
  • TEMPATAN

BATANG LUPAR BAKAL MILIKI JAMBATAN

Utusan Sarawak 4 years ago

SEBUYAU, 2 Jan -- Timbalan Ketua Menteri II Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Sarawak Datuk Julaihi Narawi menaiki feri untuk melawat kawasan kemalangan pacuan empat roda terjatuh ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso hari ini, yang mengakibatkan sembilan mangsa mati lemas dalam kejadian petang semalam. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

“SEHARI selepas tragedi Triso, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing melawat kawasan tersebut dan mengumumkan langkah-langkah untuk mencegah kejadian seumpama itu berulang, dengan berkata pembinaan jambatan Batang Lupar telah bermula, berpotensi sebagai jambatan terpanjang di Malaysia yang akan siap dalam tempoh lima tahun.”

KUCHING: “We will cross the bridge when we come to it” (Kita akan melintasi jambatan ketika kita sampai di sana) secara tersiratnya membawa maksud kita tidak perlu risaukan sesuatu yang belum berlaku sehingga ia benar-benar terjadi.

Secara harfiah dengan mengambil kira isu di Batang Lupar, pembinaan jambatan baharu hanya menjadi kenyataan dalam tempoh lima tahun lagi apabila jambatan sepanjang 7km itu dijangka siap.

Sehingga itu, perkhidmatan feri Triso untuk menyeberang sungai berkenaan akan kekal sebagai penghubung penting di jalan raya kedua Sarawak, yang biasanya disebut sebagai jalan pesisir oleh penduduk tempatan.

Semua langkah yang ada akan ditambah dan dikuatkuasakan dengan tegas serta dipatuhi untuk mencegah berulangnya, tragedi Tahun Baharu yang mengorbankan sembilan nyawa apabila sebuah trak pikap terhumban ke dalam sungai di tebing utara Batang Lupar.

Continue Reading

Previous: Benteng penahan ombak dibina di Pantai Lutong
Next: Abang Johari saksikan Penyerahan Zakat Perniagaan 2021

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.