Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • ‘Basstamam’ jadi taruhan Syed Iqbal, berdakwah melalui muzik
  • HIBURAN

‘Basstamam’ jadi taruhan Syed Iqbal, berdakwah melalui muzik

Utusan Sarawak 3 days ago

PENYANYI Syed Iqbal ketika ditemubual bersama media pada Sidang Media Syed Iqbal Basstamam di Restoran Al-Sultana. Single sulung berjudul ‘Basstamam’ menjadi taruhan beliau untuk memulakan langkah dalam dunia muzik tempatan, bukan sekadar sebagai hiburan tetapi sebagai wadah menyampaikan ketenangan dan harapan. Syed Iqbal berkata beliau mahu menjadikan platform tersebut sebagai medan untuknya berdakwah kerana percaya populariti yang bakal dikecapi memudahkan proses bagi menyebarkan perkara-perkara yang positif. Berkongsi mengenai single sulungnya, artis di bawah label berteras keislaman, Masyhur yang dinaungi Universal Music Malaysia itu berkata lagu itu mengangkat tema ketenangan dan kebahagiaan dalam menghadapi tekanan hidup. Foto BERNAMA

SHAH ALAM:  Menyedari kekuatan muzik dalam menyentuh jiwa, bakat baharu Syed Iqbal memilih untuk menjadikan lagu sebagai wadah dakwahnya kepada masyarakat.

Mempertaruhkan single sulung berjudul  ‘Basstamam’, pendakwah bebas ini memulakan langkah dalam dunia muzik tempatan dengan hasrat menyebarkan mesej positif kepada khalayak umum. 

“Pada awalnya sedikit gusar (campurkan dakwah dengan hiburan) sebab saya sayang arena dakwah yang tak ada bercampur dengan dunia hiburan. Namun, selepas mendapat nasihat daripada guru saya, saya perlu ambil risiko ini.

“Mungkin cara ini boleh meluaskan lagi dakwah saya. Insya-Allah, saya berdoa agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya kepada pemberita selepas sidang media lagu tersebut, di sini semalam.

Bercerita mengenai single sulungnya, artis di bawah label berteras keislaman, Masyhur, yang dinaungi Universal Music Malaysia itu, berkata lagu tersebut mengangkat tema ketenangan dan kebahagiaan dalam menghadapi tekanan hidup.

“Lagu ini membawa mesej murni tentang menenangkan insan yang kita sayang, sama ada sahabat, keluarga atau kekasih, untuk menikmati hidup tanpa terbeban dengan tekanan dan masalah.

“Saya harap para pendengar dapat benar-benar menghayati setiap bait lirik dan menikmati rasa ‘basstamam’ itu dalam hati. Kita semua perlukan ketenangan dan lagu ini diharap menjadi pengubat kepada jiwa yang sedang diuji,” katanya.

Dibesarkan di Mesir, Syed Iqbal tidak ada masalah mendendangkan lagu berentak padang pasir yang menyuntik nuansa Timur Tengah ciptaan  Amir Hufaz, Wan Saleh dan Abdulkarim Al Ali itu.

“Kekuatan lagu ni sebenarnya terletak pada gandingan bahasa Melayu dan Arab, sebab ‘culture’ kita (masyarakat Melayu) dari dulu sudah terbiasa dengan bahasa Arab (bahasa al-Quran), jadi setiap kali kita dengar lagu Arab pun akan buatkan kita rasa senang.

“Jadi, mungkin itulah juga faktor lagu ini dapat ‘meletup’ (mendapat sambutan) dalam negara dan juga di Indonesia,” katanya yang akan terus menyanyikan lagu-lagu berentak sedemikian.

Sejak dilancarkan, lagu itu mencetuskan fenomena tersendiri di media sosial, khususnya TikTok dan Instagram, selain turut menginspirasikan trend ‘Wahai Bulan Purnama’ yang memaparkan kisah perubahan diri ke arah kebaikan.

Basstamam boleh didengari di semua platform penstriman digital manakala video muziknya dapat ditonton di saluran YouTube rasmi Masyhur.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ejen Ali The Movie 2 raih RM50.7 juta
Next: Marsha, Dolla wakili Malaysia dalam ASEAN-Korea Music Festival

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.