Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bas terjunam ke gaung di Sri Lanka, 15 maut
  • GLOBAL

Bas terjunam ke gaung di Sri Lanka, 15 maut

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANGGOTA tentera Sri Lanka berkumpul di sekitar sisa runtuhan sebuah bas yang terjunam ke gaung pada malam sebelumnya di kawasan pergunungan Ella, pada 5 September 2025. Foto AFP

COLOMBO: Sebanyak 15 maut apabila sebuah bas yang membawa pelancong tempatan terjunam hampir 1,000 kaki (300 meter) ketika melalui kawasan perbukitan ladang teh di Sri Lanka, menurut polis pada Jumaat.

Kemalangan berlaku semalam di kawasan pergunungan Ella, sekitar 130 kilometer ke timur ibu negara, Colombo. Seramai 16 penumpang lain turut cedera dalam kejadian tersebut.

Menurut pihak berkuasa, kumpulan pelancong itu dalam perjalanan pulang selepas bercuti di kawasan tanah tinggi yang sejuk apabila bas berkenaan melanggar sebuah kenderaan lain, merempuh penghadang jalan dan terjunam ke lereng bukit.

SEBUAH bas yang membawa pelancong tempatan dan sedang melawat bandar perbukitan ladang teh telah terjunam hampir 1,000 kaki (300 meter), mengakibatkan 15 orang maut, menurut pihak polis. Foto AFP

Insiden ini merupakan kemalangan paling buruk sejak Mei lalu, apabila 23 penumpang maut dalam nahas bas di Kotmale.

Sri Lanka, sebuah negara yang mempunyai 22 juta penduduk, merekodkan purata 3,000 kematian akibat kemalangan jalan raya setiap tahun.

Jalan berliku di pulau itu turut dianggap antara yang paling berbahaya di dunia. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Taufan Peipah landa barat Jepun
Next: Lebih 750 pelancong Malaysia sehari naiki kereta api laju WHOOSH Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.