LAWAS: Bekas menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH), Baru Bian tewas kepada penyandang kerusi Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dengan majoriti 5,677 undi.
Henry yang bertanding atas tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperoleh 11,361 undi manakala Baru Bian mewakili Parti Sarawak Bersatu (PSB) mendapat 5,684 undi.
Seorang lagi calon, Japar Suyut dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewakili gabungan Pakatan Harapan (PH), Japar Suyut sekadar mendapat 1,163 undi.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Lawas, Ladin Atok (dalam gambar berdiri di tengah)
Baru Bian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan mengambil keputusan untuk beralih dari kerusi Parlimen Selangau yang disandangnya sebelum ini untuk ke Lawas.
Dengan itu, Henry Sum berjaya mengekalkan momentum kemenangan di Parlimen Lawas untuk penggal keenam.
Oleh ADENG EDRUS