Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Barisan kabinet Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba letak jawatan
  • GLOBAL

Barisan kabinet Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba letak jawatan

Utusan Sarawak 13 hours ago
ANGGOTA Kabinet Ishiba pertama bergambar untuk memperingati bersama Perdana Menteri Shigeru Ishiba di Pejabat Perdana Menteri 1 Oktober lepas.

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dan barisan Kabinetnya meletak jawatan pada Selasa, menandakan berakhirnya pentadbiran yang mula memegang tampuk kuasa lebih setahun lalu, lapor Xinhua.

Dalam mesyuarat khas Kabinet yang diadakan sebelum 9.00 pagi waktu tempatan, para menteri menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing, sekali gus menandakan Kabinet Ishiba secara rasmi dibubarkan.

Pada sebelah petang, kedua-dua dewan Parlimen Jepun (Diet) akan bersidang bagi memilih perdana menteri baharu negara itu.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memerintah, Sanae Takaichi dijangka memenangi undian dengan sokongan Parti Inovasi Jepun, yang baru-baru ini membentuk pakatan baharu dengan LDP selepas parti Komeito menarik diri daripada gabungan lama.

Selepas pemilihan perdana menteri, Takaichi akan memuktamadkan pelantikan anggota Kabinetnya dan Ketua Setiausaha Kabinet dijadual mengumumkan senarai rasmi.

Takaichi juga dijangka mengadakan sidang media sebaik memegang jawatan bagi menjelaskan hala tuju dasar serta pertimbangan di sebalik pemilihan utama barisan Kabinetnya.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Trump akan lawat Malaysia, Jepun, Korea Selatan
Next: Takaichi wanita pertama jadi PM Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.