Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Barca intai pemain Liverpool, United
  • SUKAN

Barca intai pemain Liverpool, United

Utusan Sarawak 4 weeks ago
Marcus Rashford (kiri) dan Luis Diaz 

BARCELONA, Sepanyol: Jurulatih Barcelona, Hansi Flick berkata pemain sayap Liverpool, Luis Diaz dan penyerang Manchester United, Marcus Rashford adalah “pemain hebat” susulan spekulasi juara Sepanyol itu berminat untuk mengikat salah seorang daripadanya.

Musim ini Raphinha menyerlah di sayap kiri dan menandatangani kontrak sambungan kelmarin hingga tahun 2028, tetapi Barca melihat kemungkinan untuk menambah pilihan dalam skuad mereka bagi posisi itu.

Pengarah sukan Deco mengakui beliau sukakan dua pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) itu awal minggu ini di radio Sepanyol dan Flick mengesahkan beliau turut mempunyai pendapat sama.

“Biasanya saya tidak mahu bercakap mengenai pemain yang tidak berada dalam pasukan saya, tetapi sudah tentu kedua-duanya pemain hebat,” kata Flick pada sidang akhbar hari ini, sehari sebelum aksi terakhir Barca dalam kempen La Liga di Athletic Bilbao.

“Saya sukakan mereka dan kami akan tunggu apa yang akan berlaku – tetapi sudah tentu mereka pemain hebat.”

Pemain antarabangsa England, Rashford tidak begitu diperlukan di Manchester United dan menghabiskan separuh kedua musim secara pinjaman di Aston Villa.

Pemain sayap Colombia, Diaz pemain regular buat juara EPL, Liverpool dan mungkin bernilai sekitar 80 juta euro (RM384 juta), sekali gus agak menyukarkan buat Barca yang berdepan kekangan kewangan.

Musim ini mereka berperang dengan La Liga di mahkamah untuk membolehkan Dani Olmo dan Pau Victor bermain selepas mereka tidak didaftarkan tepat pada masanya kerana isu kewangan. – AFP

Continue Reading

Previous: Beregu lelaki negara dominasi final Masters Malaysia
Next: Masters Malaysia 2025: Pearly-Thinaah gagal runtuhkan tembok China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.