Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Barang jualan di Pasar Tamu Simpang Bekenu terbakar
  • KEBAKARAN

Barang jualan di Pasar Tamu Simpang Bekenu terbakar

Utusan Sarawak 8 hours ago

MUSNAH…Sebahagian barangan jualan di Pasar Tamu Simpang Bekenu dekat sini musnah terbakar dalam satu kejadian kebakaran  yang berlaku tengah malam tadi.

MIRI: Barangan jualan di Pasar Tamu Simpang Bekenu dekat sini terbakar dalam satu kejadian kebakaran  yang berlaku tengah malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.19 tengah malam.

Katanya, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah digerakkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira 54 kilometer dan tiba pada 1.00 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, kebakaran didapati telah padam sepenuhnya hasil tindakan pantas orang awam menggunakan sumber air berhampiran.

MUSNAH…Sebahagian barangan jualan di Pasar Tamu Simpang Bekenu dekat sini musnah terbakar dalam satu kejadian kebakaran  yang berlaku tengah malam tadi.

“Kebakaran melibatkan barangan jualan, peralatan serta pendawaian elektrik di kawasan pasar tamu berkenaan,” katanya.

Kebakaran dianggarkan melibatkan kira-kira 20 peratus kawasan dengan keluasan sekitar 30 x 20 kaki persegi.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan pihak bomba tidak menjalankan operasi pemadaman, sebaliknya hanya melakukan pemeriksaan serta pemantauan bagi memastikan tiada lagi punca nyalaan di lokasi kejadian.

Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.02 pagi dan ditamatkan pada 1.50 pagi selepas keadaan disahkan selamat.

Punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.


Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah kosong musnah terbakar di Lutong
Next: Kebakaran rumah jagaan di Indonesia ragut 16 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.