Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bapa mentua TYT Sabah, R.M Jasni meninggal dunia
  • NASIONAL

Bapa mentua TYT Sabah, R.M Jasni meninggal dunia

Utusan Sarawak 1 year ago

KOTA KINABALU: Tan Sri R.M Jasni, bapa mentua kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahirudin, meninggal dunia di Hospital Keningau, 3.20 pagi tadi. 

Allahyarham merupakan bapa kepada isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah Datuk R.M Jasni.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook anak lelaki kepada Allahyarham, Adzra Addy, jenazah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Pekan Keningau pagi ini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 29 Jalan Tenom-Keningau, selepas solat zuhur.

“Mohon dihalalkan makan dan minum dan mohon doakan yang baik-baik untuk Allayarham bapa kami,” katanya, namun tidak mendedahkan punca bapanya meninggal dunia.

Tun Juhar dan Norlidah serta anggota keluarga terdekat yang lain dijadual menghadiri pengebumian tersebut.

R.M Jasni, 87, dilahirkan di Penampang 4 Mei 1936 dan pernah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor pada 1975 selain menjadi Ahli Dewan Negara selama dua penggal antara 1982 hingga 1986. – Bernama

Continue Reading

Previous: LPS: Terhad kepada bas ekspres ekonomi, tidak melebihi had usia 10 tahun – APAD
Next: Bayaran haji B40 tahun ini ditetapkan RM12,356 – TH

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.