Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bapa ‘kapten keluarga’ perlu jadi contoh era digitalisasi ini
  • SEMASA

Bapa ‘kapten keluarga’ perlu jadi contoh era digitalisasi ini

Utusan Sarawak 15 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berucap pada majlis perasmian Kem Kapten Keluarga sempena sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Damai Escape Park, Santubong dekat sini, hari ini. Foto Bernama

SANTUBONG: Sembilan daripada setiap 10 bapa di negara ini mengakui menghadapi tekanan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, terutamanya dalam menghadapi cabaran dunia moden yang pesat berkembang dengan kemajuan teknologi dan digitalisasi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata pelbagai faktor menyumbang kepada tekanan yang dihadapi oleh para bapa, antaranya kos sara hidup yang meningkat, beban kerja, kebimbangan terhadap masa depan keluarga serta kesukaran membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

“Ramai bapa memikul tekanan dalam diam berusaha membahagikan masa antara kerja dan keluarga. Dalam dunia digital hari ini, mereka turut memikul tanggungjawab untuk menjadi contoh serta membimbing anak-anak menghadapi cabaran dunia maya yang penuh risiko,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Kem Kapten Keluarga sempena Hari Bapa 2025 yang berlangsung di Damai Escape Park hari ini.

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) bergambar kenangan bersama para peserta Kem Kapten Keluarga sempena sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Damai Escape Park, Santubong dekat sini, hari ini. Foto Bernama

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa kementeriannya melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menyediakan Modul Keibubapaan bagi membantu para ibu bapa menangani cabaran semasa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Ahli Parlimen Santubong itu turut menggesa ibu bapa memainkan peranan aktif dalam membentuk generasi masa depan yang lebih cemerlang.

“Segala tingkah laku dan amalan seharian ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak. Oleh itu, sebaiknya elakkan penggunaan kata-kata negatif dalam rumah tangga kerana ia akan mempengaruhi pembentukan sikap dan nilai dalam diri anak-anak,” ujarnya.

Majlis tersebut turut diserikan dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan yang melibatkan penyertaan bapa dan anak-anak, sekali gus mengangkat peranan bapa sebagai ‘kapten utama’ dalam institusi kekeluargaan.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KPWKM anjur pelbagai inisiatif, serius tangani kesihatan mental remaja
Next: GST belum sesuai dilaksana ketika ini, beri kesan kepada golongan berpendapatan rendah – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.