Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bantuan SKAS disalur menerusi aplikasi SPay Global
  • SEMASA

Bantuan SKAS disalur menerusi aplikasi SPay Global

Utusan Sarawak 5 months ago

Temu Bual Khas Pasca-Belanjawan Sarawak 2025 bersama Premier Sarawak terbitan TVS yang dihoskan pakar ekonomi dari Universiti Malaya dan ahli Majlis Profesor Negara, Dr Muhammad Asri Mohd Ali.

KUCHING: Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan dalam bentuk kredit aplikasi Spay Global (sebelum ini dikenali sebagai Sarawak Pay) untuk membantu golongan sasar bagi meringankan beban.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia dapat memberi manfaat yang lebih berkesan, mempercepatkan penyampaian bantuan dan memastikan golongan yang memerlukan dapat memenuhi keperluan asas mereka dengan lebih mudah dan efisien.

“Skim ini tidak akan memberikan bantuan secara tunai, tetapi melalui akaun Sarawak Pay mereka. Kerajaan akan memasukkan kredit yang akan digunakan untuk membeli makanan yang diperlukan.

“Setiap bulan, kerajaan akan menambah kredit dalam akaun mereka yang akan dipotong apabila mereka membeli barangan keperluan asas.

“Jadi ia bermaksud bahawa RM100 hingga RM200 akan ditanggung oleh kerajaan. Mereka dapat membeli barangan keperluan seperti minyak masak, sayur, gula dan sebagainya,” katanya dalam program Temu Bual Khas Pasca-Belanjawan Sarawak 2025 terbitan TVS.

Abang Johari berkata bagi tujuan berkenaan, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM450 juta tahun depan yang memberi manfaat tidak kurang daripada 850,000 penerima.

Sebelum ini, beliau mengumumkan SKAS ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, November lepas. – TVS

Continue Reading

Previous: Sarawak kini antara negeri paling progresif – Abang Johari
Next: Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.