Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bantuan SKAS dinaikkan, manfaat kepada isi rumah, warga emas dan bujang
  • TEMPATAN

Bantuan SKAS dinaikkan, manfaat kepada isi rumah, warga emas dan bujang

Utusan Sarawak 4 hours ago
ADUN Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh (tengah) bergambar bersama penerima SKAS semasa program yang diadakan di Pasaraya Medan Wawasan, Sibu, hari ini.

SIBU: Kerajaan Sarawak meningkatkan jumlah bantuan di bawah inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) tahun ini sebagai usaha berterusan membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh berkata, bantuan kepada isi rumah dinaikkan daripada RM300 kepada RM950, manakala bantuan bagi warga emas meningkat daripada RM400 kepada RM500.

Menurutnya, bantuan untuk individu bujang turut dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

“Bantuan ini akan diagihkan dalam tiga fasa iaitu pada Mac, Mei dan November tahun ini,” katanya ketika melancarkan Program SKAS 2026 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan di Pasaraya Medan Wawasan di sini, hari ini.

Beliau berkata, SKAS diperkenalkan oleh kerajaan Sarawak tahun lalu sebagai langkah intervensi bagi membantu rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup susulan kenaikan harga barangan.

Katanya, inisiatif itu memberi tumpuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan harga keperluan harian, khususnya kumpulan berpendapatan rendah.

Tambah beliau, lebih 90 peratus penerima SKAS tahun ini telah berdaftar dengan platform pembayaran digital S Pay Global dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa.

“Penggunaan S Pay Global yang semakin meluas di seluruh Sarawak membolehkan bantuan disalurkan dengan lebih cekap dan bersasar,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan penerima supaya menggunakan bantuan tersebut secara berhemah dan mengikut tujuan yang telah ditetapkan.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyampaian sijil pelantikan kepada beberapa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi kawasan Bawang Assan.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Joshua Ting Fu Ying; wakil Pejabat Residen Sibu, Diana Toh Kah Yien; Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai; Setiausaha MDLBS, Ng Siang Wee serta wakil Pejabat Daerah Sibu, Sylvia Lau Gin Si.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Rakyat dinasihat berjimat hadapi cabaran ekonomi global
Next: 23 barangan keperluan di Sarawak disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Perayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.