Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantuan SKAS bukti kerajaan Sarawak prihatin imbangi beban rakyat
  • Utara
  • WILAYAH

Bantuan SKAS bukti kerajaan Sarawak prihatin imbangi beban rakyat

Utusan Sarawak 3 hours ago
UTAMAKAN SARAWAK… Dr Abdul Rahman memeriahkan Program Badudun Ramadan Exco Pemuda PBB Negeri Sarawak 2026 di Surau Nurul Azmi, Kampung Sembiling Limbang.

LIMBANG: Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang diperkenalkan oleh kerajaan Sarawak satu lagi langkah proaktif kerajaan bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata pelbagai bantuan disediakan kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak bagi memastikan kebajikan rakyat di wilayah ini terus terbela.

 “Dibawah kepimpinan Premier Sarawak pelbagai pembangunan dilaksana dan banyak bantuan telahpun disampaikan dari awal kelahiran dan sebagainya.

“Antara bantuan yang amat memberi kesan yang baik kepada masyarakat adalah bantuan SKAS, sangat membantu dan kita berterima kasih kepada Premier kita kerana ia meringankan beban B40,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Badudun Ramadan Exco Pemuda PBB Negeri Sarawak 2026 di Surau Nurul Azmi, Kampung Sembiling Limbang semalam.

ADUN Bukit Kota itu memberitahu lagi pelbagai pembangunan pesat dikecapi rakyat Sarawak di bawah pentadbiran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg termasuk di utara negeri ini.

Jelasnya Abang Johari berjaya melaksana dasar pembangunan dan ekonomi mapan  bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan pendapatan Sarawak.

Kerajaan katanya, sedang mempersiapkan Sarawak untuk meneruskan transformasi ekonomi dengan lebih baik dan memacu Sarawak lebih cemerlang sekali gus mencapai wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Justeru beliau mahu rakyat  kekal bersatu dan berdiri teguh  kepada kepimpinan Premier Sarawak dalam membangunkan negeri ini.

Turut hadir Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Afiq Fikri Brahim dan Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bazar Ramadan jadi lambang keakraban masyarakat di Sarawak
Next: Pemuda PBB Sarawak tingkatkan peranan masjid, surau sebagai pusat penyatuan ummah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.