Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bantuan SARA RM100 ringankan beban rakyat, wajar diteruskan – Penerima
  • SEMASA

Bantuan SARA RM100 ringankan beban rakyat, wajar diteruskan – Penerima

Utusan Sarawak 5 hours ago
NORIMAH Daud

PETRA JAYA: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 disifatkan amat membantu dalam meringankan beban perbelanjaan harian, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah, pelajar serta mereka yang berdepan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Seorang penerima bantuan, Norimah Daud, berkata bantuan berkenaan banyak membantu dalam menampung keperluan asas harian, terutama bagi mereka yang mempunyai pendapatan tidak tetap atau rendah.

“Memang membantu keperluan kita, khususnya orang-orang yang pendapatannya kurang. Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban,” katanya ketika ditemui dalam tinjauan Utusan Sarawak di Everwin Kubah Ria, di sini.

Beliau turut berpandangan agar bantuan SARA diteruskan pada masa akan datang dan dicadangkan supaya nilainya ditambah selaras dengan peningkatan harga barangan keperluan.

“Kalau boleh, bantuan ini diteruskan sampai bila-bila dan mungkin boleh ditambah lagi kerana harga barang sekarang ada yang mahal. Namun begitu, kita tetap perlu berbelanja mengikut keperluan dan apa yang ada di kedai,” ujarnya.

Sementara itu, Izzul Haris dari Sri Aman berkata bantuan SARA turut memberi manfaat kepada golongan pelajar dan mereka yang sedang menuntut ilmu.

 IZZUL Haris

“Bantuan ini memang membantu, khususnya untuk membeli keperluan harian. Harapan saya supaya ia dapat diteruskan bagi membantu pelajar dan mereka yang sibuk dengan komitmen pembelajaran,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pelajar Universiti Antarabangsa UNITAR dari Sibu yang kini melanjutkan pengajian di Kuching turut menyuarakan pandangan positif terhadap inisiatif tersebut.

Menurutnya, bantuan SARA amat relevan untuk pelajar, khususnya mereka yang datang dari luar kawasan dan perlu menanggung kos sara hidup sendiri.

PELAJAR Universiti Antarabangsa UNITAR

“Saya harap bantuan ini wajar diteruskan kerana ia membantu pelajar seperti kami untuk membeli barang keperluan asas, terutama bagi yang belajar jauh dari kampung,” katanya.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati majoriti penerima menyambut baik pelaksanaan bantuan SARA dan berharap agar inisiatif berkenaan dapat diteruskan serta diperkasakan bagi membantu golongan memerlukan dalam menghadapi tekanan kos sara hidup semasa.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi tinjau aset pertahanan maritim negara
Next: Abang Johari hadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-148 di Parlimen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.