Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bantuan sara boleh diguna hingga 31 Dis, tidak perlu terburu-buru – Teo
  • NASIONAL

Bantuan sara boleh diguna hingga 31 Dis, tidak perlu terburu-buru – Teo

Utusan Sarawak 4 days ago
TIMBALAN Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching (kanan) menemani Azmida Kassim membeli barang keperluan asas menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Pasaraya Chop Lee Kwan hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Orang ramai mempunyai tempoh hingga 31 Disember ini untuk membelanjakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekali bayar sebanyak RM100 yang diberikan oleh Kerajaan MADANI.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menasihati orang ramai supaya tidak terburu-buru menggunakan bantuan itu hingga perlu beratur panjang di kaunter bayaran.

“Sekiranya bimbang perlu beratur panjang, anda boleh mengunjungi mana-mana kedai runcit terpilih yang berdekatan atau beli-belah secara berkala.

“Jangan risau kerana anda mempunyai tempoh empat bulan untuk menggunakan kredit ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi turun padang ke kedai runcit yang menyertai program MyKasih di sini hari ini.

Selain itu, Teo menasihati orang ramai agar tidak bimbang mengenai gangguan sistem semasa menggunakan MyKad untuk menebus bantuan tersebut memandangkan sistem MyKasih kini lebih stabil dengan peningkatan kapasiti sebanyak 60 peratus

Beliau berkata Kementerian Kewangan (MOF) mengambil tindakan pantas susulan beberapa aduan gangguan sistem pada hari pertama dan kedua selepas bantuan sekali bayar sebanyak RM100 dikreditkan dalam MyKad mulai 31 Ogos.

“Saya rasa kerana terlalu ramai yang cuba menebus bantuan itu serentak, menyebabkan sistem tergendala pada hari pertama dan kedua. Sekarang rakyat tidak perlu lagi risau untuk membuat pembelian menggunakan SARA,” katanya.

Sementara itu, penerima SARA, Amutha Keevachee, 50, menyatakan rasa lega atas kelancaran proses penebusan bantuan tersebut.

“Saya boleh jimat duit dan guna RM100 ini untuk beli barang keperluan rumah, proses pembayaran pun cepat dan mudah, mereka cuma minta kad pengenalan untuk imbas dan terus boleh buat pembayaran,” kata guru tadika itu.

Lee Kah Wee, 42, turut menyatakan rasa puas hati terhadap kelancaran sistem pembayaran SARA pada hari ini.

“Ada yang kata kalau guna kad pengenalan lama tak boleh buat pembayaran tapi urusan pembelian saya berjalan lancar walaupun saya guna kad pengenalan lama yang tiada logo Touch ‘n Go. Saya berpuas hati dengan sistem hari ini,” katanya.–Bernama

Continue Reading

Previous: Baucar perlindungan tenang 3.0 pastikan rakyat terjamin – Anwar
Next: Tiada pelajar Malaysia terlibat demonstrasi di Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.