Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bantuan RM200 bermakna untuk golongan pelajar
  • TEMPATAN

Bantuan RM200 bermakna untuk golongan pelajar

Utusan Sarawak 5 years ago

Henry B Siyu

MUKAH:.Para pelajar dari daerah ini yang terkandas di Semenanjung Malaysia menganggap bantuan RM200 untuk pelajar di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebagai sesuatu yang tepat dan  amat membantu dari segi kewangan harian mereka.

Menurut penuntut dari Universiti Teknologi Petronas(UTP), Aaron Anthony Phoon, ia boleh meringankan sedikit bebanan  pelajar dari segi kewangan.

“Inisiatif ini amat baik dan tepat pada masanya dan sudah memastinya amat membantu pelajar yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ini ,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak.

Sebagaimana yang semua sedia maklkum, ujarnya, ratusan ribu pelajar terkandas atau masih di kampus masing-masing ketika ini.

“Oleh kerana  berjauhan dengan keluarga, bantuan ini sedikit sebanyak boleh melegakan mereka dari segi kewangan untuk membeli barang-barang makanan dan sebagainya. Bagi mereka yang tinggal dan menyewa di luar kampus, ia  membantu dari segi pembayaran sewa, kalau pun bukan sepenuhnya,” ujar Aaron.

Katanya lagi, bagi pelajar yang tinggal di rumah, ia juga boleh meringankan sedikit bebanan pembelanjaan untuk  membeli tiket kapal terbang dan bas setelah PKP tamat kelak.

“Oleh kerana semasa PKP ini pelajar tidak boleh bekerja sampingan untuk menampung sedikit wang saku,  jadi bantuan RM200 dari kerajaan ini sekurang-kurang melegakan sedikit keadaan, ”  tambahnya.

Continue Reading

Previous: Kedai dibuka, diserbu orang ramai
Next: Hanya seorang dibenar dalam kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.