Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantuan makanan disalur kepada mangsa banjir melalui Pusat Khidmat Parlimen Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Bantuan makanan disalur kepada mangsa banjir melalui Pusat Khidmat Parlimen Bintulu

Utusan Sarawak 18 hours ago
STEVEN Kong mengambil maklumat mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah bagi mengenal pasti keperluan bantuan susulan akibat banjir.

BINTULU: Pusat Khidmat Parlimen Bintulu menggerakkan usaha bantuan segera bagi membantu mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Daerah Bintulu dan Sebauh.

Pegawai Tugas-tugas Khas II kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Steven Kong Kai Seng berkata, bantuan berupa makanan telah disalurkan ke PPS Dewan Suarah.

Menurut beliau, usaha bantuan itu akan diteruskan dengan penghantaran makanan dan minuman ke PPS Balai Raya Sebauh, selaras dengan keperluan semasa di lapangan.

Selain itu, Steven  Kong turut menasihati penduduk yang terjejas banjir supaya segera memaklumkan keadaan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan lebih berkesan, selain sentiasa mengutamakan keselamatan diri.

Setakat ini, dua PPS telah dibuka di Bintulu sejak pagi tadi susulan beberapa kawasan terutamanya di Sebauh dilaporkan dilanda banjir sehingga memutuskan beberapa jalan darat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf Jalan Ulu Sungai Merah terjejas akibat hujan berterusan
Next: Operasi Gelandangan: 19 ditahan, tujuh positif dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.