Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada pesara Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dibayar suku pertama 2026
  • SEMASA

Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada pesara Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dibayar suku pertama 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
KERAJAAN Sarawak bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025 sebanyak RM500 secara sekali bayar kepada pesara Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) sebagai penghargaan atas sumbangan dan khidmat bakti mereka.

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025 sebanyak RM500 secara sekali bayar kepada pesara Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) sebagai penghargaan atas sumbangan dan khidmat bakti mereka.

Menurut surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Premier Sarawak melalui Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, pembayaran bantuan berkenaan akan dibuat mulai suku pertama 2026, tertakluk kepada kriteria kelayakan, syarat serta kaedah pembayaran yang ditetapkan dalam Lampiran A.

Lampiran A: Kriteria Kelayakan dan Kaedah Pembayaran

Pesara yang layak menerima bantuan ini ialah:

  • Pesara lantikan tetap berpencen;
  • Pesara lantikan tetap Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
  • Pesara lantikan tetap tidak berpencen;
  • Pesara lantikan Jawatan Berasaskan Caruman (JBC); dan
  • Pesara lantikan kontrak jangka masa panjang sehingga umur persaraan wajib.

Pesara yang layak termasuk mereka yang bersara sebelum atau pada 30 Januari 2025, termasuk persaraan pilihan, persaraan atas sebab kesihatan serta persaraan wajib mengikut opsyen umur persaraan yang ditetapkan.

Pesara yang tidak layak menerima bantuan ini ialah pesara yang:

  • Telah meninggal dunia sebelum atau pada 3 Disember 2025;
  • Dilantik semula atau kembali berkhidmat dalam perkhidmatan awam, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau syarikat berkaitan kerajaan selepas persaraan;
  • Dikenakan hukuman penjara atau hukuman mati;
  • Memperoleh kewarganegaraan asing;
  • Meletakkan jawatan; atau
  • Ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam.

Kaedah pembayaran bantuan adalah melalui akaun bank pembayaran pencen atau akaun bank terakhir semasa berkhidmat. Pesara yang akaun banknya tidak lagi aktif dikehendaki mengemas kini maklumat akaun sebelum 30 September 2026.

Pesara juga diwajibkan mengemas kini data peribadi dengan mengimbas kod QR Survey yang dilampirkan bagi melancarkan urusan pembayaran.

PESARA PANS juga diwajibkan mengemas kini data peribadi dengan mengimbas kod QR Survey yang dilampirkan bagi melancarkan urusan pembayaran.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel bkkpesara@sarawak.gov.my atau menghubungi pegawai Sharifah Nong Shaputin Wan Habib Alwie (082-647025), Hazliza Mohd Jalil (082-648691) dan Sulaiman Hasbi (082-442910).

Surat tersebut turut memaklumkan bahawa pelaksanaan bantuan ini berkuat kuasa kepada pesara PANS, dan dipanjangkan kepada pesara badan-badan berkanun Sarawak serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tertakluk kepada pertimbangan Lembaga Pengarah dan pihak berkuasa masing-masing.

Pemberian bantuan khas berkenaan merupakan tanda penghargaan kerajaan negeri atas komitmen dan amanah yang digalas oleh pesara sepanjang tempoh perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan Sarawak.

Surat edaran itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki pada 13 Januari lalu.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak dipamerkan di pentas global kelestarian menerusi Minggu Kelestarian Abu Dhabi 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.