Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bantuan beri kelegaan kepada 50,521 penerima
  • TEMPATAN

Bantuan beri kelegaan kepada 50,521 penerima

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Menteri Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah (gambar), menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas kenaikan kadar bantuan kebajikan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan semalam.

Fatimah berkata, bantuan yang dibentangkan semalam sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada 50,521 penerima bantuan bulanan JKM di Sarawak.

“Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja bakal memberi manfaat kepada seramai  7,532 dengan kenaikan bantuan daripada  RM250 kepada RM300 ringgit, bantuan Orang Tua dan  Pesakit Terlantar dinaikan kepada RM500.

“Manakala Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450 ringgit dan ini telah memberi manfaat kepada sebanyak 3,188 penerima, kadar bantuan kanak-kanak keluarga miskin dinaikkan daripada 100 ringgit seorang anak dengan maksimum RM450,” beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai respons kepada pembentangan bajet 2021.

Fatimah turut menjelaskan bahawa, ketika lawatan Timbalan Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KWKPM ) ke negeri ini beliau turut menyuarakan keperluan rakyat.

“Saya telah menyuarakan keperluan untuk meningkat elaun penyelia dan petugas di Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) sebelum ini, alhamdulillah ada peningkatan di mana petugas dinaikan kepada RM1,200 sebulan dan penyelia RM1,500 sebulan.

“Tidak sekadar itu, kerajaan persekutuan juga menaikkan bantuan kewangan tahunan bagi pengendalian Pusat Aktiviti Warga Emas yang di kendalikan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) daripada 33 ribu kepada 50 ribu ringgit,”jelasnya.

Continue Reading

Previous: Penguatkuasaan PKPB di Daerah Kuching
Next: Adil ketika negara hadapi Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.