Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bantuan awal persekolahan legakan keluarga, pendidikan keutamaan kerajaan MADANI
  • NASIONAL

Bantuan awal persekolahan legakan keluarga, pendidikan keutamaan kerajaan MADANI

Utusan Sarawak 1 day ago
ORANG ramai mengambil peluang meluangkan masa dengan membeli baju dan kelengkapan sekolah sebagai persediaan kembali ke sesi persekolahan bagi tahun 2026 di pusat beli-belah semalam. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Musim kembali ke sekolah sering menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibubapa, terutama berhubung kos keperluan sekolah yang semakin meningkat, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai ramai anak.

Namun, rata-rata keluarga menyatakan lega dengan penerusan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) oleh kerajaan MADANI, yang menyediakan RM150 bagi setiap anak. Bantuan ini bagaikan “nafas lega” pada permulaan sesi persekolahan yang kritikal.

Pengerusi Parent Action Group for Education Malaysia (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim, berkata inisiatif ini sangat dirasai manfaatnya, khususnya bagi ibubapa yang berpendapatan terhad atau mempunyai ramai anak bersekolah.

“BAP membolehkan ibubapa merancang lebih awal, menyediakan keperluan asas sekolah anak-anak tanpa tekanan kewangan saat akhir. Ini juga membantu kanak-kanak memulakan persekolahan dengan lebih setara bersama rakan sebaya.

“Walaupun sangat membantu, bantuan ini memenuhi keperluan segera dan perlu disokong oleh strategi jangka panjang bagi memastikan pendidikan lebih mampu dimiliki,” katanya, menekankan bantuan itu sebagai sokongan asas, bukan pengganti langkah menyeluruh kerajaan menangani kos pendidikan yang meningkat.

Beliau berharap kerajaan MADANI terus mengambil pendekatan holistik dalam menyokong keluarga dan pelajar sepanjang tahun akademik.

“PAGE berharap kerajaan mengutamakan pendekatan berpusatkan keluarga yang menyokong pelajar sepanjang tahun, bukan sekadar pada permulaan sesi. Ibubapa juga mengharapkan pelaburan berterusan dalam kualiti sekolah, sokongan guru dan kesejahteraan pelajar,” katanya.

Pengerusi Melaka Action Group for Parents in Education (MAGPIE) Mak Chee Kin berkata bantuan itu, walaupun berskala sederhana, menghantar isyarat jelas bahawa pendidikan kekal sebagai keutamaan negara di bawah kerajaan MADANI.

Beliau menambah penerusan bantuan memberi impak positif, khususnya kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang meningkat, di mana sumbangan sekali sahaja dapat meringankan beban perbelanjaan berkaitan sekolah.

“Bantuan ini mungkin tidak menyelesaikan isu struktur pendidikan secara keseluruhan, tetapi ia memberikan kelegaan segera pada waktu kritikal. Ia membolehkan ibu bapa membuat persediaan awal bagi anak-anak dengan menampung keperluan asas seperti pakaian seragam, kasut, alat tulis, beg sekolah dan barangan penting lain,” katanya.

Beliau berkata dengan mengurangkan tekanan kewangan pada permulaan tahun akademik, ibubapa dapat memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan dan kesejahteraan anak-anak, bukannya bimbang tentang kos permulaan. Penambahan pelajar Tingkatan Enam tahun ini turut disambut baik.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keperluan ibubapa hadir sendiri di sekolah untuk menerima bantuan mungkin menyukarkan ibubapa bekerja, ibubapa tunggal dan keluarga di kawasan luar bandar, dan menyeru kaedah pengagihan lebih fleksibel serta efisien untuk mengelak masa menunggu yang lama.

Mak berkata MAGPIE berharap kerajaan MADANI memperkukuh sokongan pendidikan secara lebih menyeluruh dan berterusan, termasuk meningkatkan infrastruktur, membiayai Persatuan Ibubapa dan Guru, mengurangkan beban guru, menangani jurang bandar-luar bandar serta memperluas bantuan bersasar.

Sementara itu, Atiqah Zulkhairi, 30, seorang penjawat awam dengan dua anak berusia sembilan dan tujuh tahun yang bersekolah di Putrajaya, berkata bantuan BAP amat membantu meringankan beban kewangan keluarga, terutamanya pada permulaan sesi persekolahan apabila kos barangan sekolah tinggi.

“Dengan penerusan bantuan yang diumumkan kerajaan MADANI, peruntukan belanjawan kami dapat digunakan dengan lebih efektif, membantu merancang kewangan dengan lebih baik,” katanya, menghargai keprihatinan kerajaan dalam meringankan beban rakyat.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan peruntukan RM800 juta bagi menyediakan BAP sekali sahaja sebanyak RM150 kepada semua pelajar dari Tahun Satu hingga Tingkatan Enam tahun ini. Ibubapa dikehendaki hadir di sekolah untuk menerima bantuan berkenaan.

Kementerian Pendidikan memaklumkan BAP akan mula diagih seawal 11 Januari ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak dan Johor beransur pulih
Next: Gempa bumi kuat landa Rantau Kepulauan Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.