Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bantuan Aidilfitri penjawat awam RM700, pesara RM350 dibayar 17 April ini
  • NASIONAL

Bantuan Aidilfitri penjawat awam RM700, pesara RM350 dibayar 17 April ini

Utusan Sarawak 2 years ago

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapi Mohamed

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada penjawat awam dan pesara yang layak, akan dibayar pada 17 April ini.

Sebanyak RM700 akan dibayar kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat setakat 17 April termasuk 87 lantikan kontrak.

Pesara perkhidmatan awam pula akan menerima BKKA berjumlah RM350.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapi Mohamed berkata, bagi tahun ini, BKKA telah diperluaskan kepada pesara kerajaan yang berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

“Bagi pesara dan veteran yang dilantik semula secara tetap, sementara dan masih berkhidmat setakat 17 April ini, mereka layak menerima RM700,” katanya.

BKKA merupakan satu cara menghargai usaha dan pengorbanan penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.

Pada pembentangan Belanjawan 2023 bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian BKKA merupakan langkah keprihatinan kerajaan bagi membantu penjawat awam dari segi melaksanakan perancangan dan persiapan awal menyambut Aidilfitri.

Continue Reading

Previous: Peruntukan belanjawan 11 kementerian diluluskan
Next: Puspakom bukan lagi penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan kenderaan bermotor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.