Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantu penjawat awam alami kesihatan psikologi
  • Utara
  • WILAYAH

Bantu penjawat awam alami kesihatan psikologi

Utusan Sarawak 5 months ago
PENJELASAN… Azman Shah Abdul Rahman ketika sesi sidang media selepas selesai program di RTM Limbang, kelmarin.  

LIMBANG: Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan terus bekerjasama melakukan gerak kerja dan model bersesuaian bagi membantu penjawat awam mengalami isu kesihatan psikologi.
Timbalan Presiden Dua CUEPACS, Azman Shah Abdul Rahman berkata pihaknya juga mengadakan kursus dan bengkel secara berterusan kepada anggota perkhidmatan awam dalam usaha meningkatkan mutu pekerjaan selain program berkaitan sahsiah diri.
Katanya, JPA turut mempunyai  bahagian psikologi sangat aktif melakukan gerak kerja bagi mengenal pasti pendekatan terbaik menangani penjawat awam yang berdepan isu kesihatan.
“Kita sentiasa mengadakan kursus dan bengkel untuk membantu penjawat awam yang bermasalah dan  semua jabatan ada unit psikologi masing-masing.
“Isu kesihatan psikologi ini  bukan hanya di tempat kerja tetapi berlaku  di persekitaran itu sendiri dan kadang-kadang  bersangkut  paut dengan tempat tinggal khususunya kepada keluarganya sendiri dan  kita sentiasa berunding bersama pihak JPA,” katanya.Beliau berkata demikian semasa lawatan ke Jabatan Penyiaran Malaysia Limbang kelmarin.
Turut sama Pengerusi, Cuepacs Negeri Sarawak, Jubilee  Jineh dan Pengurus Stesen, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Limbang, Muhamad Zakwan Yusof.
Sebelum ini,  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata lebih 40,000 penjawat awam di negara ini berisiko tinggi mengalami isu kesihatan psikologi yang memerlukan intervensi segera bagi mengelakkan daripada menghidapi kecelaruan mental.
Berdasarkan  kajian yang dibuat melalui Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD) yang diwujudkan sejak 1 Mac lepas sebagai antara inisiatif terkini kerajaan untuk meningkatkan program pencegahan tingkah laku berisiko.
“Profil MyPsyD ini penting kerana ia bertindak sebagai indikator individu dan organisasi supaya lebih cakna dalam merangka strategi melalui pembangunan kendiri, pencegahan dan intervensi bagi melestarikan kesejahteraan pegawai awam dan kekal berhemah dalam memberikan perkhidmatan,” tambahnya.

Oleh ADENG EDRUS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 465 pek bakul makanan diagihkan kepada mangsa banjir
Next: Masalah Loji Bakun elektrik terputus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.