Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantu golongan layak dapat bantuan kerajaan
  • Utara
  • WILAYAH

Bantu golongan layak dapat bantuan kerajaan

Utusan Sarawak 4 months ago

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah  Ali Hasan mahu pegawai jabatan kerajaan, ketua masyarakat dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) membantu mendaftarkan golongan yang layak mendapat berbagai bantuan kerajaan.

Tegasnya, usaha ini penting bagi membolehkan bantuan kerajaan seperti Sumbangan Keperluasn Asas Sarawak (SKAS), Kenyalang Gold Card (KGC), dan Sarawak Pay dapat digerakkan melalui pejabat daerah masing-masing.

“Pegawai dan pemimpin NGO, ketua masyarakat perlu membantu masyarakat  kita dengan mendaftarkan mereka bukan sahaja kenyalang gold card, Sarawak Pay dan sebagainya untuk  membolehkan mereka mendapatkan barangan  asas bagi  yang layak.

“Tolong mereka (masyarakat) dengan meningkatkan usaha untuk kita membantu termasuk ibu tunggal,golongan kurang upaya,melalui pejabat daerah, supaya  bantuan yang disediakan memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya pada majlis  sumbangan Tahun Baru Cina Daerah Lawas 2025 di sebuah hotel di Lawas, hari ini.

Turut sama isteri Awang Tengah Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Setiausaha Politik Premier Awangku Jinal Abidin Dato Pengiran  Jawa dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.

Awang Tengah yang juga  Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan menjelaskan Sarawak akan terus kukuh dan stabil,sekiranya masyarakat terus hidup bersatu padu dan bekerjasama.

“Kita dapat menikmati keadaan aman damai jika kita bersatu padu dengan itu kita dapat menumpu dalam usaha membawa perubahan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

“Kalau berpecah belah kita akan lemah. Justeru, kita hendaklah sentiasa menghormati dan menghargai kepelbagaian ini sebagai satu keunikan yang merupakan kunci kepada kemajuan sosioekonomi negara,” ujarnya.

Beliau berkata, 2025 ini membuka lembaran baharu agar rakyat memperbaharui azam dan usaha untuk terus maju dalam dunia yang semakin mencabar dan berubah.

“Kita perlu sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan, khususnya dalam dunia moden,” ujarnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Selangau pantau beberapa kawasan berisiko banjir
Next: Agih sumbangan sempena Tahun Baharu Cina eratkan silaturahim  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.