Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bank Rakyat peruntuk RM50 juta menerusi BRIEF-I khusus untuk usahawan India
  • BISNES

Bank Rakyat peruntuk RM50 juta menerusi BRIEF-I khusus untuk usahawan India

Utusan Sarawak 11 months ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan (dua, kanan) melancarkan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) di Menara Kembar Bank Rakyat hari ini. Turut hadir Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak (dua, kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Datuk Dr Mohammad Hanis Osman (kanan) dan Setiausaha Timbalan Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, Datuk Anbumani Balan (kiri). Bank Rakyat memperuntukkan RM50 juta menerusi Program Pembiayaan BRIEF-i khusus untuk komuniti usahawan India yang menjalankan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi penyediaan modal kerja dan perbelanjaan modal untuk membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat memperuntukkan RM50 juta menerusi Program Pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) khusus untuk usahawan India yang menjalankan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebagai penyediaan modal kerja dan perbelanjaan modal untuk membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, BRIEF-i menjadi bukti kepada dedikasi Bank Rakyat terhadap inklusiviti dan pembangunan sosioekonomi masyarakat Malaysia secara menyeluruh sejak 70 tahun penubuhannya.

Selain itu, katanya ia juga merupakan peluang untuk usahawan komuniti India mencapai aspirasi kerajaan dalam membasmi kemiskinan tegar, sekali gus merapatkan jurang ekonomi Malaysia MADANI yang makmur dan sejahtera.

“BRIEF-i merupakan inisiatif yang dapat membina masa depan lebih cerah bagi usahawan komuniti India.

“Saya percaya dengan menyokong usahawan komuniti India, kita mampu memupuk ekonomi yang lebih pelbagai, berdaya tahan dan makmur untuk semua,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran BRIEF-i di sini, hari ini.

Beliau berkata BRIEF-i menawarkan pelbagai kelebihan berbanding program pembiayaan lain di pasaran antaranya BRIEF-i menawarkan kadar rata 6.50 peratus setahun dengan had pembiayaan antara RM1,000 dan RM50,000 untuk perusahaan mikro.

Bagi PKS, katanya kadar pembiayaan adalah pada kadar asas pembiayaan (KAP) + 0.67 peratus setahun, termasuk yuran jaminan dengan had antara RM50,001 dan RM1 juta.

“Berbeza dengan sesetengah program pembiayaan lain, BRIEF-i tidak memerlukan usahawan untuk mempunyai simpanan paksa atau menyertai kumpulan bantuan diri. 

“Ini memberikan kebebasan kepada usahawan untuk fokus sepenuhnya kepada perniagaan mereka tanpa sebarang kekangan tambahan,” katanya

Katanya BRIEF-i menetapkan proses dokumentasi yang ringkas berbanding program pembiayaan lain bagi membolehkan usahawan memohon dengan lebih mudah dan pantas.

Beliau berkata jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) turut disediakan bagi pelanggan PKS dan perlindungan Takaful secara percuma bagi perusahaan mikro.

Selain daripada proses kelulusan permohonan mengambil masa selama 14 hari bekerja sahaja, katanya BRIEF-i turut menetapkan kriteria kelayakan bagi memastikan program pembiayaan ini mencapai golongan sasaran.

“Perusahaan mikro mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun dengan rekod CTOS dan CCRIS yang memuaskan manakala usahawan PKS mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun, mengekalkan rekod CTOS dan CCRIS yang memuaskan serta mempunyai nilai aset bersih yang positif,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, inisiatif BRIEF-i ini untuk membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih inklusif seiring dengan matlamat Bank Negara Malaysia bagi memastikan impak positif kepada ekonomi dan komuniti menerusi penyediaan perkhidmatan kewangan yang mampan dan terangkum untuk memenuhi kehendak setiap peringkat pelanggan.

“Justeru, harapan Bank Rakyat agar inisiatif ini dapat memberi kelegaan dan penyelesaian kepada usahawan PMKS untuk meneruskan perniagaan mereka serta menjadikan perusahaan mereka lebih progresif, komprehensif dan bersepadu,” katanya.

Untuk memohon dan mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai perlu melayari laman sesawang rasmi Bank Rakyat dan QR2E (Quick Response to Entrepreneurs) di www.bankrakyat.com.my dan https://qr2e.bankrakyat.com.my serta mengunjungi mana-mana Pusat Perbankan Pemiagaan Bank Rakyat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit terus catat momentum meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS
Next: Ringgit catat sedikit perubahan berbanding dolar AS sewaktu dibuka hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.