Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bank Rakyat lancar semula Pembiayaan Peribadi-i DivA, Akaun Pelaburan-i Rizq Plus
  • BISNES

Bank Rakyat lancar semula Pembiayaan Peribadi-i DivA, Akaun Pelaburan-i Rizq Plus

Utusan Sarawak 2 years ago
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick beramah mesra bersama para perwakilan pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan 2023 Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat kembali menawarkan Pembiayaan Peribadi-i DivA dan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus dengan nilai tambah baharu kepada anggotanya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata inisiatif ini untuk memastikan anggota Bank Rakyat dapat menikmati pelbagai manfaat menerusi penyediaan kemudahan produk dan perkhidmatan yang direka dan dibangunkan khusus untuk anggota, selain daripada manfaat pembayaran dividen.

“Saya percaya keprihatinan Bank Rakyat ini amat selari dengan nilai Malaysia Madani yang mengutamakan kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat Malaysia secara menyeluruh.

“Ini sekali gus menunjukkan komitmen dan ihsan Bank Rakyat dalam memastikan kebajikan dan kemakmuran ekonomi anggotanya terus dipelihara,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2023 yang menghimpunkan 902 perwakilan individu dan koperasi di seluruh negara, hari ini.

Sementara itu, Pemangku Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata pelancaran inisiatif terbaharu ini merupakan langkah proaktif bank dalam menawarkan perkhidmatan kewangan yang komprehensif bagi menghargai kesetiaan dan keyakinan anggota terhadap Bank Rakyat.

Pembiayaan Peribadi-i DivA kali ini menawarkan kadar keuntungan tetap serendah 2.99 peratus dengan jumlah maksimum pembiayaan sehingga RM400,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. 

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Mohammad Hanis Osman pada sidang media berkongsikan anggaran pulangan kompetitif sekitar 2.5 peratus untuk produk Akaun Pelaburan-i Rizq Plus.

Katanya menerusi Akaun Pelaburan-i Rizq Plus, Bank Rakyat menawarkan cabutan khas berjumlah RM69,000 untuk dimenangi oleh 69 orang pemenang sempena ulang tahun Bank Rakyat ke-69 pada tahun ini. 

Kempen ini akan berlangsung mulai hari ini iaitu 10 Jun hingga 31 Disember 2023. 

Selain berpeluang memenangi cabutan hadiah kempen, anggota turut berpeluang menyertai cabutan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus bersama-sama pelanggan lain yang dilaksanakan setiap bulan dengan tawaran hadiah keseluruhan berjumlah RM1 juta dan cabutan istimewa hadiah setengah tahun berjumlah RM100,000. 

Keanggotaan terkini Bank Rakyat adalah seramai 812,757 ahli. – Bernama

Continue Reading

Previous: 250 pelanggan bil elektronik SEB terima rebat tunai RM50
Next: Hornbill Skyways peroleh kontrak lima tahun PETRONAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.