Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bank Rakyat lancar Program Kembara Qurban di Kemboja
  • SEMASA

Bank Rakyat lancar Program Kembara Qurban di Kemboja

Utusan Sarawak 17 hours ago
Foto Instagram Bank Rakyat

KUALA LUMPUR:  Bank Rakyat hari ini melancarkan Program Kembara Qurban Kemboja 2025 dengan menghantar delegasi ke negara itu bagi menyantuni komuniti Islam sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut esok. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Nor Haimee Zakaria berkata sebanyak 45 ekor lembu akan dikorbankan dan diagihkan kepada penduduk Islam di Kampung Trapeng Prinh dan Kampung Keh, Kemboja.

Beliau berkata program itu bertujuan menyantuni masyarakat pedalaman yang hidup dalam kedaifan, selain memperluas usaha jangkauan komuniti Bank Rakyat ke peringkat antarabangsa.

“Inisiatif pelaksanaan ibadah korban yang dianjurkan sejak tahun 2015 ini memberikan manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, khususnya golongan asnaf,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Bank Rakyat bersama rakan strategik turut menyalurkan bantuan makanan asas kepada 150 keluarga di Kampung Swai Relom, Wilayah Kandal, dengan setiap keluarga menerima 10 kilogram beras.

Rakan strategik bagi program itu ialah Maahad Imam Syafi’e Kampung Keh, Kampot; Pusat Wakaf Endowmen Zakat Khairat dan Sedekah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Yayasan As-Syafi’e dan Shafi’e Charitable Association.

Sementara itu, Nor Haimee berkata usaha menyantuni masyarakat dalam negara diteruskan menerusi Program Hulurkan Salam Aidiladha melibatkan pengagihan daging daripada 241 ekor lembu dan 159 ekor kambing bermula 7 hingga 20 Jun.

Beliau berkata agihan itu melibatkan sumbangan para pemegang Akaun Simpanan-i Tabung Qurban dan Surau Al-Barakah Menara Kembar Bank Rakyat berjumlah lebih RM1.52 juta.

“Bank Rakyat sentiasa prihatin terhadap usaha memakmurkan masyarakat setempat kerana keteguhannya adalah berkat sokongan anggota dan pelanggan di setiap pelosok negara.

“Lebih-lebih lagi ketika musim perayaan ini, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk saling membantu dengan berkongsi rezeki dan mengeratkan ukhuwah sesama kita,” katanya.

Nor Haimee turut memaklumkan penyertaan ibadah korban kini boleh dibuat secara dalam talian menerusi platform BRICK tanpa perlu hadir ke cawangan.– Bernama

Continue Reading

Previous: ‘Upin’ dan ‘Ipin’ antara korban Aidiladha
Next: Pemberhentian petugas Petronas babit pekerja kontrak – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.